Connect with us

#news

Berikutan Kes Makcik Kuarantin Terlepas Masuk, Pekerja Restoran Tampil Beri Kenyataan

Baru-baru ini, satu kejadian menjadi tula4r di laman media sosial apabila seorang wanita yang memakai ‘wristband’ merah jambu memuat naik gambar sedang manjamu makanan di gerai Bandar Meru Raya, Perak di story laman sosial Instagram.

Bagi yang tidak tahu, pemakai ‘wristband’ warna merah jambu menandakan individu tersebut sedang dalam tempoh kuarantin Covid-19.

Pekerja medan selera yang terlibat dikenali sebagai Nurul Suhada, 27 mengatakan:

”Kami tak terfikir periksa pergelangan tangan pelanggan sama ada memakai ‘wristband’ atau tidak kerana kebiasaannya hanya rekod nama dan periksa suhu badan saja,”.

Nurul Suhada mendakwa wanita itu makan di tempat dia bekerja. Dia kongsikan hal itu melalui laman sosial Facebook.

Ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada hari ini, Suhada berkata:

“Saya terkejut apabila gambar wanita itu tula4r kerana jelas kelihatan gambar itu diambil di premis tempat saya bekerja. Saya sendiri sudah buat aduan ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dan pegawai mengesahkan makcik itu negatif,”.

Menurutnya, maklumat tentang individu tersebut masih dalam siasatan JKNP untuk dikenakan tindakan undang-undang atas sebab melanggar arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nurul Suhada menambah bawah kedai makan tempat dia bekerja sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan oleh KKM.

“Setiap hari, kami merekodkan nama dan nombor telefon serta memeriksa suhu pelanggan sebelum dibenarkan masuk cuma kami tak terfikir nak kena periksa pergelangan tangan pelanggan juga,” katanya.

Dia juga mengatakan bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh wanita tersebut memburukkan imej dan prestasi kedainya.

“Ramai pelanggan yang tahu itu kedai kami, kalau premis kami diarah tutup kami akur. Semua pekerja termasuk pengusaha mengalami kerugian akibat kejadian ini. Saya harap sesiapa yang mengenali individu terbabit tampil menyalurkan maklumat supaya masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Ding Lay Ming selaku Pengarah JKNP kata, pihak JKNP sedang berusaha mengesan wanita terbabit kerana gagal patuhi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO). Kata beliau dalam kenyataan hari ini:

“Jika siasatan didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk perundangan akan diambil terhadap wanita itu,”

Oleh itu, kita sebagai rakyat yang prihatin perlu menjaga jarak dan mengamalkan penjarakan sosial. Jangan keluar dari rumah jika diarahkan untuk kuarantin.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik agar negara kita bebas dari wabak pandemik ini secepat mungkin.

Sumber: Hmetro online

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya