“Aku cuma apek Cina, tak kan dah goyang” – Uncle Kentang

PUCHONG – “Aku dapat bedak dari Datuk Seri Najib Tun Razak bukan dedak,” demikian kata Kuan Chee Heng yang sebelum ini mengisytiharkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Dun Semenyih, Mac nanti.

Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, selepas pengumuman itu dibuat, banyak fitnah disebarkan di media sosial terhadap dirinya.

Menurutnya, perang saraf terhadap dirinya sudah bermula meskipun hari penamaan calon masih belum tiba.

“Aku hanya apek Cina yang masuk bersuara untuk rakyat… mengapa harus gentar dan takut hingga penyokong parti politik keluar berita fitnah aku terima dedak dari Najib.

“Mengapa takut sangat dengan kehadiran ku… kalau dah buat yang terbaik.

“Aku hanya seorang apek Cina… apa harus di gentarkan…. dah mula buta fitnah di laman sosial….,” tulisnya di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Posting Asal

“AKU APEK CINA YANG HANYA MASUK BERSUARA UNTUK RAKYAT, MENGAPA HARUS DI GENTARKAN DAN DI TAKUTKAN SEHINGGA PENYOKONG PARTI POLITIK KELUAR BERITA FITNAH AKU TERIMA DEDAK DARI NAJIB….

mengapa takut sangat dengan kehadiran ku…. kalau dah buat yang terbaik…. aku hanya seorang apek cina,… apa harus di gentar kan…. dah mula buta fitnah di laman sosial…. hahahahaha…….

AKU DAPAT BEDAK DARI DATO SRI NAJIB. Bukan dedak. Sudah mula perang saraf yang kata aku dapat dedak dari Dato Sri Najib masa BN memerintah.”

Chee Heng yang merupakan Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP) berkata, semua gaji bakal diperoleh sebagai Adun akan diagihkan kepada orang susah jika beliau dipilih pengundi Semenyih sebagai wakil rakyat baharu.

Katanya, pengumuman bertanding mewakili anak-anak Semenyih bukan untuk dirinya sendiri.

“Saya nak kembangkan perkhidmatan yang telah dilaksanakan selama ini. Bagi saya yang berhormat diamanahkan tuhan untuk jaga orang bukan jaga poket sendiri atau parti politik.

“Saya masuk bertanding pun bukan nak glamor atau ubah nasib sendiri tapi nak ubah nasib rakyat.

“Kalau kalah pun, pengundi tetap untung sebab calon bertanding lain pun akan bagi janji dan mereka kena tunaikanlah,” katanya.

Terdahulu, Chee Heng mengumumkan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dun Semenyih.

Menurutnya, keputusan itu diambil bukan mencari kemenangan semata-mata namun demi anak-anak Semenyih dan akan membuat beberapa inisiatif di Semenyih sama seperti dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi.

“Saya lihat anak-anak Semenyih perlukan perkhidmatan asas seperti Teksi 10 sen, van jenazah dan ambulans memandangkan kawasan itu terletak agak jauh dari Hospital Kajang.

“Ketika ini Semenyih tidak ada bas yang terus dari kawasan kampung ke hospital. Saya rasa kita perlu bantu penduduk Semenyih,” katanya ketika ditemui pada sambutan Tahun Baru Cina di kediamannya di sini, hari ini.

Chee Heng berkata, aku janji di PRK Semenyih akan dibuatnya secara bersumpah sebagai tanda kerjasamanya sebagai calon bebas dan akan menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.

“Tapi, saya tetap akan bantu jika kalah. Cuma, saya sedih kerana kebanyakan calon yang sebelum ini berjanji macam-macam tapi menghilangkan diri selepas PRU dan tidak mengendahkan pengundi.

“Ini tunjukkan sikap yang palsu kerana hanya akan bertugas sekiranya diberi kemenangan. Saya saran bakal calon tunai janji dan bukan hanya berjanji kosong serta panas,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, manifesto tidak akan diberikannya ketika berkempen kerana ia hanya satu janji yang tidak boleh dikuatkuasakan pengundi di mahkamah.

“Saya berjanji tugas saya adalah untuk mencari akhirat dan bukan kemenangan di Dun Semenyih semata-mata,” katanya

Katanya, beliau akan membuat beberapa inisiatif di Semenyih sama seperti yang dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi.

Ia termasuklah membuat aku janji di PRK Semenyih secara bersumpah dan akan menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.