Alarm kereta berbunyi tengah malam, lelaki bersyukur tidak keluar periksa kereta…

lelaki bersyukur tidak keluar periksa kereta

Modus operandi penjenayah pada masa kini sememangnya makin licik. Macam-macam cara dan teknik yang difikirkan oleh mereka untuk memastikan operasi mereka berjaya.

Kejadian terbaru ini berlaku pada malam tadi dan telah dikongsikan oleh pengguna Facebook yang bernama Abdul Kareem Firdaus. Dia menceritakan bagaimana alarm keretanya berbunyi pada pukul 2 pagi dan pintu kereta lagi satu terbuka.

Ada sesuatu yang tidak kena

Alarm kereta berbunyi tengah malam, lelaki bersyukur tidak keluar periksa kereta…

Abdul melihat keluar tingkap apabila alarm Toyota Vios berbunyi dan terkejut melihat pintu kereta Perodua Alza terbuka. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.

Sebaik sahaja dia mahu keluar dari rumah, dia mula menyangka ini salah satu taktik dari perompak.

Aku tanya isteri. Call polis? Beliau kata, Ya! Call polis sekarang! Dalam beberapa minit, 2 buah kereta peronda polis sampai bersama kira-kira 8 orang anggota.

Tindakan pantas dari peronda polis

Alarm kereta berbunyi tengah malam, lelaki bersyukur tidak keluar periksa kereta…

Sayangnya setelah meneliti tempat kejadian, tiada petanda dan kelibat penjenayah. Perkara yang menarik adalah tiada satu pun barang di dalam kereta Alza yang hilang.

Saya beranggapan bahawa modus operandi kumpulan ini adalah dengan cuba membuatkan kita keluar dari rumah atas alasan pintu kereta terbuka, alarm berbunyi dan mereka akan menggunakan kekerasan keatas kita dan merompak barang bernilai di dalam rumah.

Dahsyat betul taktik perompak zaman sekarang. Bukan tu je, dah makin berani nak serang orang rumah. Apa nak jadi Malaysia ni. Tapi apa yang lagi mengejutkan, sebenarnya taktik ini memang selalu dipakai.

Cuba lihat komen-komen netizen yang menceritakan pengalaman yang sama.

Taktik yang sama, tempat berlainan

Alarm kereta berbunyi tengah malam, lelaki bersyukur tidak keluar periksa kereta…

Alarm kereta berbunyi tengah malam, lelaki bersyukur tidak keluar periksa kereta…

Walauapapun, Abdul tetap bersyukur kerana menelefon polis terlebih dahulu. Katanya rakan-rakan dia juga pernah mengalami perkara yang sama cuma dengan paip air di luar rumah.

Abdul juga ingin berterima kasih kepada anggota polis yang begitu pantas mengambil tindakan walaupun pada jam 2 pagi.

Terima kasih kepada semua anggota polis

Alarm kereta berbunyi tengah malam, lelaki bersyukur tidak keluar periksa kereta…

Terima kasih diucapkan kepada keluarga Abdul di atas perkongsian ini. Semoga perkara ini mampu menjadi pengajaran buat semua orang di luar sana. Dan terima kasih juga diucapkan kepada anggota polis. Semoga jasa anda dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah.

Sumber: Abdul Kareem Firdaus