Anak Tergamak Tet4k Tangan Ayah Sampai Putus Kerana Makan Buah Mangga Disimpannya

Dalam insiden ngeri yang berlaku di daerah Takalar di Indonesia, seorang lelaki yang juga merupakan seorang anak sanggup men3tak tangan ayahnya hingga hampir terputus gara-gara si bapa memakan buah mangga miliknya.

Mengikut laporan Rakyatku News, mangsa, Caceng Dg Limpo, 60, dilaporkan teringin untuk makan buah mangga. Dia kemudian teringat akan buah mangga yang disimpan oleh anaknya, Naing Dg Sarro, 26.

Bagaimanapun tindakkan mangsa memakan buah mangga berkenaan sehingga habis telah menimbulkan kem4rahan anaknya.

Mengulas kejadian yang berlaku, Caceng memberitahu dia mengupas buah mangga, sebelum dihampiri oleh Naing yang bertanya mengenai buah mangga tersebut.

”Kenapa kamu makan habis buah mangga aku”, kata si Naing dalam keadaan berang sebelum mencapai sebilah par4ng dan melib4s hingga mengenai tangan Caceng.

Akibat perbuatan k3jam anak yang dibesarkan olehnya, Caceng mengalami keced3raan parah dan hampir putus tangan kananya.

”Suspek telah menetak tangan kanan mangsa sebanyak satu kali. Mangsa disahkan mengalami kecederaan luka yang serius pada bahagian tangan tersebut,” kata jurucakap polis,  AKBP Gany Alamsyah.

Mujur, ketika kejadian terdapat jiran Caceng yang berada berdekatan. Jirannya itulah yang bergegas membawa Caceng ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Menurut saksi, ketika kejadian Cacing hanya mengambil sebiji sahaja daripada buah mangga yang disimpan oleh Naning.

Yang lebih Ironisnya lagi, pelaku (Naing) sebelumnya juga pernah terlibat perkelahian dengan bapaknya beberapa bulan lalu yang juga disebabkan sebuah mangga, hanya saja kejadian pertama pihak keluarga masih boleh menenangkan suspek.

Sumber: Rakyat News via Siakapkeli.my