Aneh Bila Brunei Tak Tersenarai Dalam Harga Minyak Negara Jiran, Rvpanya Ini Yang Berlaku.

PENGUSAHA stesen minyak di negara ini difahamkan sudah mula mempamerkan senarai perbandingan harga minyak terkini bagi negara-negara jiran ASEAN dengan Malaysia untuk makluman orang ramai.

Senarai perbandingan harga minyak yang diletakkan di sebelah kaunter pembayaran salah sebuah stesen minyak (tidak dinyatakan lokasinya) tersebar di media sosial.

Aneh Bila Brunei Tak Tersenarai Dalam Harga Minyak Negara Jiran, Rvpanya Ini Yang Berlaku.

Dalam senarai yang dipamerkan itu, harga minyak Malaysia dilihat paling rendah berbanding negara-negara jiran lain seperti, Singapura, Laos, Thailand, Cambodia, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

Justeru netizen mempertikaikan mengapa negara jiran Brunei tidak dimasukkan dalam senarai perbandingan harga tersebut.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebelum ini turut menimbulkan isu yang sama.

“Masa Kerajaan BN buat perbandingan harga petrol dengan negara-negara ASEAN, ramai yang kecam dan kata tak relevan banding dengan tempat lain.

Sekarang, semua stesen minyak dipaksa untuk memaparkan harga petrol di negara-negara ASEAN.

Cuma saya tak pasti bila Brunei dikeluarkan dari ASEAN. Ke sengaja tak nak tunjuk harga petrol kat Brunei?”, tulis KJ dalam postingnya di Facebook.

“Mengikut arahan itu, paparan harga mesti jelas dan ketara serta dikemas kini setiap minggu.

“Apa faedah yang rakyat dapat dengan arahan?. Rakyat Malaysia tidak isi minyak di Kemboja pun. Atau pun rakyat boleh pilih untuk isi minyak dari Myanmar?.

“Mereka terus membuat keputusan -keputusan tidak masuk akal serta menyusahkan rakyat,”katanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula mempersoalkan tindakan kerajaan mengarahkan semua stesen minyak di negara ini memaparkan harga petrol di negara-negara Asean.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan tidak masuk akal, Najib turut mendakwa kerajaan PH itu juga tidak pernah berhenti memainkan propaganda.

Menjawab isu berkenaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution, menerusi akaun twitter memberitahu beliau telah mengarahkan maklumat harga (minyak) Brunei yang tertinggal untuk dimasukkan.

“Saya telah arahkan maklumat harga Brunei yang tertinggal dalam paparan dimasukkan. Tiada sembunyi maklumat kerana pengguna adalah berhak kepada setiap maklumat,” tulisnya

Aneh Bila Brunei Tak Tersenarai Dalam Harga Minyak Negara Jiran, Rvpanya Ini Yang Berlaku.

Saifuddin Nasution@saifnasution
Replying to @saifnasution
3) Oleh sebab topik harga minyak itu dibincang secara telus dan terbuka, saya telah arahkan maklumat harga Brunei yang tertinggal ke dalam paparan dimasukkan. Tiada sembunyi maklumat kerana pengguna adalah berhak kepada setiap maklumat.

Tambahnya lagi, tidak masuk akal untuk menyorokkan harga minyak Brunei kerana maklumat itu boleh disemak sendiri oleh rakyat.

“Tidak masuk akal untuk sorokkan maklumat harga Brunei kerana maklumat ini di luar sana dan rakyat boleh semak. Saya komited untuk sentiasa terbuka komunikasi maklumat terutamanya isu harga minyak ini,” tulisnya.

Aneh Bila Brunei Tak Tersenarai Dalam Harga Minyak Negara Jiran, Rvpanya Ini Yang Berlaku.
Saifuddin Nasution@saifnasution
Replying to @saifnasution
4) Tidak masuk akal untuk sorokkan maklumat harga Brunei kerana maklumat ini di luar sana dan rakyat boleh semak. Saya komited untuk sentiasa terbuka komunikasi maklumat terutamanya isu harga minyak ini.

Bagaimanapun salah seorang sahabat di media sosial menunjukkan bukti bergambar bahawa senarai perbandingan harga minyak dipamerkan di sebuah stesen minyak yang baru dikunjunginya, ada memaparkan harga minyak Brunei.

Aneh Bila Brunei Tak Tersenarai Dalam Harga Minyak Negara Jiran, Rvpanya Ini Yang Berlaku.

Ini bermakna senarai harga minyak yang dipamerkan di stesen-stesen minyak masih belum seragam. Mungkin mulai minggu depan, semua stesen minyak seluruh negara akan mempamerkan senarai harga yang sama (memasukkan harga minyak Brunei)

Komen Pengguna FB

– yg di convert ke RM buat apa..nak bagi npk minyak malaysia murah ke LOL… cth Singapore..Mmg npk Mahal..tpi dgn matawang Dolar mrk.. dan nilai matawang/pendapatan/gaji.. mrk jumlah harga minyak tu sangatlah Murah bagi mereka.. tpi Mahal buat Malaysia sekiranya mahu beli minyak mrk.. tu baru betul..

– Dulu mase zaman kerajaan lama buat perbandingan harga dgn negara lain bising… negara kita keluar minyaklah… negara kita pengeluar minyak gred A lah.. patutnya letak video Rafizi tu dkt kaunter pembayaran stesen minyak.. atau letak Harga RM1.50 tu.. bila nk dpt

– Aduhaiii…kerajaan PH ni pun dah mula tunjuk bodoh mcm kerajaan UMNO dlu…kenapa perlu convert RM harga minyak negara2 tu? N harga petrol premium (ron97) brunei currently is B$0.53 (+-rm1.59) & harga disel kat sana is B$0.31 ( +-rm0.93).

– propaganda utk justify harga minyak msia..dlm bnyk2 tu, yg mana satu pengeluar minyak selain msia n brunei? klu mcm ni smpai kiamat x turun jd 1.50.. menteri tahu rmai rakyat yg undi diorang ni sama level bodo dgn pak menteri..

Sumber: milosuam.net