Awas, Malaysia Kini Termasuk Dalam Jaluran Lingkaran Api Pasifik

BERADA di luar Lingkaran Api Pasifik, Malaysia sepatutnya tidak perlu resah dengan kemungkinan berdepan gempa bumi yang kesannya melangkaui batas pemikiran, terutama peningkatan angka korban.
Kehadirannya juga tidak dijangka dan diketahui masa serta tempat berlaku. Dengan teknologi secanggih mana pun dicipta, manusia belum mampu meramal dengan tepat waktu atau tempat bakal berlakunya gempa bumi.

Jepun, negara yang sentiasa berdepan dengan kejadian gempa bumi, termasuk berskala besar, hanya mampu meramal bencana itu menerusi sistem amarannya tujuh saat sebelum ia berlaku. Bagaimanapun, jangkaan itu sedikit meleset kerana berdasarkan pakar seismologi, beberapa negeri di Malaysia, terutama Sabah adalah paling berisiko dilanda fenomena alam berkenaan.

Terletak kira-kira 1,087 kilometer dari Filipina, kedudukan Negeri di Bawah Bayu itu cukup hampir untuk menerima tempias gegaran seismik dihasilkan titik dalam Lingkaran Api Pasifik.

Awas, Malaysia Kini Termasuk Dalam Jaluran Lingkaran Api Pasifik

Dipisahkan Selat Melaka, Laut Andaman dan kepulauan Sumatera, risiko Semenanjung dilanda gempa bumi lebih tipis berbanding Sabah. Malah, kedudukan strategik geografi Malaysia Barat seolah-olah terlindung daripada sebarang gegaran yang lazimnya berpusat di luar persisiran Lautan Hindi.

Rekod gempa bumi sejak tahun 1973 – 2013 di Indonesia  menunjukkan hampir ke semua wilayahnya berlaku gegaran. Bagaimanapun, Malaysia turun berdepan risiko gempa bumi ini kerak kita turut telah termasuk dalam jaluran Lingkaran Api Pasifik sejak 2007 lagi.

Hanya beberapa lokasi di Semenanjung seperti Bukit Tinggi dan Kuala Pilah yang mengalami gegaran kecil berikutan gempa bumi di sekitar kepulauan Sumatera.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul, berkata gempa bumi berskala Richter 5.9 pernah melanda Ranau, manakala gegarannya turut dirasai hingga Kota Belud, pada pagi 5 Jun itu sudah dijangka.

Awas, Malaysia Kini Termasuk Dalam Jaluran Lingkaran Api Pasifik

KOTA KINABALU 08 June 2015. ( KKB313R ) Gambarajah menunjukkan kawasan pusat gempa bumi di bahagian gunung yang menghadap daerah Kota Belud iaitu pada kedalaman kira-kira 10 kilometer di perut bumi.

Katanya, jangkaan bersandarkan kitaran seismik setiap 25 tahun itu, antara lain berpandukan rekod terdahulu kerana tenaga tersimpan dalam kerak tektonik selalunya meletus mengikut sela masa tersendiri.

“Gempa bumi terakhir melanda Ranau dan Kundasang adalah tahun 1991 dengan magnitud 5.1, justeru gempa berikutnya dijangkakan berlaku pada 2015.

“Berdasarkan kitaran seismik ini, gempa bumi seterusnya akan berlaku 25 tahun daripada sekarang, iaitu pada tahun 2039 dengan kemungkinan kekuatan gegaran yang sama,” katanya.

Gempa bumi terkuat di Malaysia sebelum ini direkodkan di Lahad Datu, Sabah pada 1976 yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan struktur bangunan.

Gempa berukuran 6.2 skala Richter pada kedalaman 33 kilometer yang menggegarkan Lahad Datu jam 10.56 pagi itu turut dirasai penduduk di Semporna, Sandakan, Kundasang, Tawau dan Tarakan (wilayah utara Kalimantan).

Gegaran pada jam 7.15 pagi ketika sebahagian penduduk Ranau dan kawasan sekitarnya masih lena diulit mimpi ternyata mengimbau igauan yang berlaku 39 tahun lalu, sekali gus menandakan kerajaan perlu merangka pelan komprehensif untuk menghadapi kesan gempa bumi di Malaysia.

Gempa bumi di Malaysia

1991

  • Ranau, Sabah berukuran 5,1 skala Richter
  • Meranapkan struktur bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang.

1976

  • Lahad Datu, Sabah berukuran 6.2 skala Richter
  • Balai polis setinggi empat tingkat yang dalam pembinaan dan hampir siap runtuh dalam sekelip mata.

29 April 2009

– Manjung, Perak berukuran 2.8 skala Richter

27 Mac 2009

  • Jerantut, Pahang berukuran 3.2 skala Richter.
  • Kesannya turut dirasai beberapa lokasi di Jerantut iaitu Felda Sungai Tekam Resort, Sungai Tekam Utara dan Sungai Tekam Getah.
  • Selain itu, gegaran juga berlaku di sekitar Felda Gelanggi iaitu Kota Gelanggi dan Felda Wilayah Jengka.

1 Februari 2014

– Ranau, Sabah berukuran 4.8 skala Richter.

24 Oktober 2014

– Pulau Banggi, dekat Kudat, Sabah berukuran 4.4 skala Richter

Kekerapan gempa bumi di Sabah

  • 98 gegaran sejak 1966 hingga 2014.
  • 15 pusat gempa bumi direkodkan di Ranau sejak 1966 hingga Jumaat lalu.

Statistik gempa di seluruh dunia

  • Secara purata, kira-kira 11 juta gempa bumi berlaku setiap tahun.
  • Daripada jumlah itu, lebih 150,000 gempa bumi berskala tinggi atau dahsyat direkodkan setiap tahun.
  • Gempa bumi kuat berupaya membebaskan tenaga sehingga 10,000 kali ganda ledakan bom atom Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.
  • 80 peratus gempa bumi berlaku di negara dalam Lingkungan Pasifik.

Prof Madya Mustaffa Kamal Shuib, Pensyarah Jabatan Geologi, Fakulti Sains Universiti Malaya berkata, sejak 2007 lagi kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang sudah merasai gegeran tetapi lemah, hanya di bawah bacaan lima magnitud.

Gegaran dalam skala berkenaan boleh dirasai, namun ia masih terlalu kecil untuk merosakkan struktur bangunan rendah atau pencakar langit.

Awas, Malaysia Kini Termasuk Dalam Jaluran Lingkaran Api Pasifik
Sumber : malaysiannews