Bayi 18 bulan lem4s selepas tersembam dalam baldi

KUALA TERENGGANU – Remuk hati sepasang suami isteri apabila anak bongsu kesayangan mereka berusia 18 bulan ditemui tersembam dalam baldi berisi air di dalam tandas kediaman mereka di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, tengah hari semalam.

Sebelum itu, bayi lelaki berusia setahun 6 bulan berkenaan dilaporkan tiada di dalam bilik tidur, namun ditemui dalam keadaan tersembam dan kebiruan dalam baldi, kira-kira jam 1.35 tengah hari oleh ahli keluarganya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika ahli keluarganya sedang tidur.

“Mengikut laporan awal, bapanya bangun tidur pada jam 12 lebih kerana kepenatan bekerja. Tapi, apabila dia bangun, dia dapati anak bongsu daripada 9 beradik itu tiada di dalam bilik. Dia kemudian bertanyakan pada isterinya dan mencari di dalam rumah.

“Bagaimanapun, apabila buka bilik air, mereka dapati muka anaknya sudah kebiruan akibat tersembam di dalam baldi dengan kaki ke atas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

“Bapa mangsa berusia 40-an bersama isterinya kemudian mengejarkan kanak-kanak itu yang kebiruan ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal di sini, untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninnggal dunia selepas kira-kira 50 minit diberi bantuan kecem4san di klinik berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Suffian berkata, m4ngsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan hasil bedah siasat selama lima jam mengesahkan mangs4 meningal dunia akibat lem4s.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan, mengesahkan bayi berkenaan m4ti akibat l3mas dan pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai m@ti mengejut.

Beliau berkata, bapa maangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi sapu mendakwa pintu bilik air rumah mereka rosak, menyebabkan kanak-kanak itu sering masuk ke bilik air sebelum mereka tidur.

Sementara itu Suffian menasihatkan ibu bapa supaya peka dengan pergerakan anak masing-masing, terutama mengelak anak mereka masuk ke bilik air tanpa pengawasan yang boleh mengundang bahaya dan kejadian tidak diingini.

Sumber dari Berita Harian