(Video) Cuaca Paling Ekstrem Pernah Landa Arab Saudi, Tidak Berlaku Sejak Berdekad Lalu

Arab Saudi mengalami cuaca terburuk sejak dua minggu lalu telah meng0rbankan seramai 14 orang apabila negara pentadbiran diraja itu dilanda hujan lebat dan ribut pet1r yang menyaksikan situasi cuaca paling ekstrem sejak berdekad lalu, kata pihak berkuasa.

Pasukan Pertahanan Awam menyelamatkan 299 penduduk yang terkandas, termasuk 115 di Makkah. Kebanyakan yang memerlukan bantuan terperangkap dalam kenderaan, di mana 88 berjaya dikeluarkan dan 282 kenderaan ditarik.

Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar dan Meteorologi memberi amaran, cuaca buruk berikutnya dengan hujan di seluruh pentadbiran diraja bersama angin dan debu di sesetengah kawasan.

Direktorat Pertahanan Awam berkata, satu daripada kemat1an berlaku di Riyadh, empat kes direkodkan di Makkah, dua di Wilayah Timur, satu di Asir, Tabuk (satu), Al-Baha (tiga), Jazan (satu) dan Hail (satu).

Agensi berita Saudi (SPA) seperti dilaporkan laman web Arab News berkata, sejak 19 Oktober lalu, Pusat Arahan dan Bimbingan di Riyadh menerima 423 permohonan bantuan daripada pertahanan awam oleh kerana hujan lebat menjejaskan 13 kawasan di negara berkenaan.

Penolong Setiausaha Kementerian Air, Faisal Al-Subaie berkata, Arab Saudi biasanya menyaksikan r1but petir sederhana dan teruk pada musim ini tahun ini, namun ribuut tahun ini amat ganaz.

Al-Subaie berkata, beberapa kawasan perbandaran menghantar pasukan untuk mengalirkan air berlebihan dan membersihkan pokok tumbang serta serpihan di jalanan.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi berkata, berpuluh orang diselamatkan daripada kenderaan yang terkandas akibat banjir, dengan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Penduduk tempatan menghantar video kejadian itu dalam media sosial. Satu daripadanya menunjukkan kenderaan mengharungi jalan raya yang sudah menjadi seperti sebuah tasik.

Banjir berlaku hampir setiap tahun di Jeddah dan penduduk menyalahkan infrastruktur yang teruk sebagai punca.

Banjir mer@gut 123 nyawa di bandar itu pada 2009 dan mengorb@nkan 10 nyara, dua tahun kemudian.

Pada masa sama, Pertahanan Awam menggesa rakyat dan penduduk mengambil langkah berhati-hati dan tidak pergi ke kawasan yang berkemungkinan mengalami banjir kilat ketika hujan lebat.

Sumber: RatuSembang