Diberi Kenaikan Pangkat, Ini Jumlah Pampasan Yang Akan Diterima Keluarga Adib

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, telah menerima kenaikan pangkat secara ‘Posthumus’ dari gred KB19 ke KB22, berkuat kuasa serta merta, lapor Berita Harian.

Keluarga Allahyarhm Muhammad Adib turut akan menerima pampasan daripada caruman yang dibuat.

Pampasan yang bakal diterima dianggarkan adalah sebanyak RM255,000 yang akan diuruskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek, menegaskan keputusan kenaikan pangkat itu dibuat bagi meringankan beban keluarga Allahyrham dari segi bayaran pencen.

“Kita berdukacita dan terharu atas pemergian Allahyarham kerana telah menunjukkan pengorbanan, keberanian ketika menjalankan tugas dengan mengetepikan keselamatan diri dan mengalami keceder4an ketika menjalankan tugasan rasmi.

Katanya, keputusan ini dibuat selepas kerajaan dan kementerian melihat perlunya kenaikan terbabit bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan Allahyarham.

“Pemergian Allahyarham yang sudah bertugas lebih empat tahun amat menyedihkan kerana pengorbanan dan keberanian ketika menjalankan tugas dengan mengetepikan keselamatan diri hingga mengalami kec3deraan ketika bertugas.

“Kerajaan juga akan menyegerakan pampasan supaya bebanan yang ditanggung keluarga dapat diringankan,” katanya pada sidang media selepas pengebumian jenzah Muhammad Adib di Tanah Perkburan Islam Kariah Masjid As Saadah Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini hari ini.

“Kita berterima kasih kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN) dan doktor-doktor pakar yang bertungkus-lumus menyelamatkan Allahyaham selama tiga minggu,” katanya.

Pencen membawa maksud bersara daripada perkhidmatan sama ada kerajaan ataupun bukan kerajaan. Bagi kakitangan kerajaan dibawah JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sesungguhnya perkara menarik yang dinantikan tidak lain dan tidak bukan iaitu hadiah persaraan untuk kakitangan awam.

Namun masih ramai dikalangan kakitangan awam yang masih tidak mengetahui bagaimanakah bentuk hadiah bersaraan yang akan diperolehi oleh mereka nanti selain daripada imbuhan atau gaji pencen bulanan yang diterima oleh mereka setelah bersara daripada daripada kakitangan awam.

Formula Pengiraan Ganjaran Pencen

Formula pengiraan ganjaran selepas pencen juga secara ringkasnya adalah seperti berikut: 7.5 % (peratus) didarab dengan jumlah bulan perkhidmatan, kemudian didarab dengan gaji akhir (gaji pokok sahaja-tidak termasuk elaun).

Contoh pengiraan ganjaran pencen:

:: 7.5% perlu ditukar ke 0.075 untuk memudahkan pengiraan

:: bulan berkhidmatan= contoh 10 tahun perkhidmatan oleh itu 360 bulan

:: Gaji pokok akhir= contoh gaji pokok ialah RM 3396.14

Oleh Itu pengiraan ganjaran adalah seperti berikut:

= 0.075 X 360 X 3396.14

= 91,695.78

Oleh itu jumlah ganjaran yang diperolehi ialah RM 30,565.26

Diberi Kenaikan Pangkat, Ini Jumlah Pampasan Yang Akan Diterima Keluarga Adib

Formula Pengiraan Pencen

Imbuhan pencen adalah wang yang akan diterima oleh pesara kerajaan dibawah JPA setelah tamat perkhidmatan. Formula pengiraan pencen yang mana akan diterima setiap bulan oleh bekas kakitangan kerajaan adalah 1/600 didarab dengan bulan perkhidmatan dan didarab dengan gaji akhir (gaji tanpa imbuhan tetap). Contoh pengiraan adalah seperti berikut.

:: 1/600 perlu ditukar dalam bentuk perpuluhan = 0.0016666

:: Tempoh perkhidmatan (kiraan bulan). Contoh 30 tahun perkhidmatan (30 x 12) = 360 bulan

:: Gaji Akhir (gaji tanpa imbuhan) = RM 3396.14

Oleh itu pengiraan adalah seperti berikut:

= 0.0016666 X 360 X 3396.14

= 2037.68

Oleh itu imbuhan selepas bersara yang akan diterima oleh bekas kakitangan awam dibawah JPA ialah

RM 2037.68

Bayangkan jika gred gaji dinaikkan pada bulan terakhir sebelum pencen. Lumayan bukan?

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof, berkata jabatannya akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) ketika berdepan situasi rushan bagi mengenal pasti sebarang risiko supaya kejadian yang menimpa Muhammad Adib tidak berulang.

“Kita sudahpun mempunyai SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun akan diteliti lebih terperinci supaya lebih efektif,” katanya.

“…saya mengucapkan takziah kepada keluarga Adib dan saya berharap keluarganya diberikan kekuatan tempuh cabaran ini… Adib merupakan wira negara kita yang menabur bakti untuk negara,” katanya sambil mengharapkan pelaku yang mencedera sehingga menyebabkan kem4tian Muhammad Adib dapat dikenakan tindakan tegas.

Terdahulu, Terdapat lebih 1,000 orang penduduk kampung termasuk keluarga serta anggota pegawai bomba hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib. Mereka hadir  sejak jam 7 pagi lagi.

Diterbangkan menggunakan helikopter MI17-IV JBPM, jenazah Muhammad Adib tiba di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Tebengau selepas penerbangan yang memakan masa dua jam itu.

Diberi Kenaikan Pangkat, Ini Jumlah Pampasan Yang Akan Diterima Keluarga Adib

Jnazah Allahyarham ditemani ibu bapa dan tunang dari Pangkalan Udara Subang, Selangor jam 7.55 pagi selepas selesai menjalani bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Jenasah terlebih dulu untuk penghormatan terakhir dan diuruskan mengikut istiadat kebombaan di mana seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian seragam lengkap bersongkok mengiringi jenazah sehingga ke rumah ibu bapanya di Kampung Tebengau Tepi Laut.

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang mengimamkan solat jenazah manakala bacaan talkin disempurnakan Imam masjid, Zainuddin Hassan dan dibantu Timbalan Pengerusi masjid, Abdul Wahab Chik.