Dua Tan Sampah Dibersihkan Dari Rumah Penghuni Degil.

Isu menjaga kebersihan sudah lama menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Persekitaran yang sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur unsur yang membahayakan kesihatan kita. Ini termasuklah binatang dan juga serangga pembawa penyakit seperti tikus nyamuk, lalat dan lipas.

Selain daripada itu,unsur unsur yang boleh mencemarkan air ,makanan ,udara dan tanah juga membahayakan kesihatan kita.
Persekitaran yang tidak sihat mengancam kesihatan dan kesejahteraan manusia.oleh ituadalah menjadi kewajipan kita bagi setiap individu untuk memahami, menghargai dan menyumbang kepada persekitaran bersih dan sihat.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil masa selama dua jam bagi membersihkan dua tan sampah dan barangan lusuh di sebuah rumah di Jalan Dato’ Dagang 17, di sini, semalam.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, tindakan itu susulan kedegilan pemilik rumah tersebut membersihkan kesemua sampah dan barangan itu walaupun notis dikeluarkan sejak sebulan lalu.

Katanya, penghuni rumah tersebut juga didapati sering mengelak apabila pihak MPK ingin bertemu dengan mereka.

“Kita menerima aduan daripada jiran sekeliling terhadap perbuatan penghuni rumah tersebut sebelum mengeluarkan notis sejak sebulan lalu bagi membersihkan sampah dan barangan lusuh itu.

Dua Tan Sampah Dibersihkan Dari Rumah Penghuni Degil.

“Namun didapati penghuni rumah tersebut ingkar dan MPK terpaksa membuat operasi pembersihan supaya tiada kejadian tidak diingin berlaku,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi itu mengambil masa selama dua jam bermula pukul 9 pagi dengan timbunan sampah dan barangan lusuh itu diletakkan penghuni di anjung rumah mereka.

Ujar Norfiza, pihaknya juga terpaksa memotong mangga pintu pagar rumah tersebut selepas didapati penghuni tiada di rumah dan enggan memberi bekerjasama.

“Kita terpaksa menggunakan jentolak bagi mengangkat sampah dan barangan lusuh yang dianggarkan seberat dua tan ke dalam lori sebelum dibuang ke tempat sepatutnya,” katanya

Tindakan yang serius daripada pihak bertanggungjawab kepada mereka yang melakukan kesalahan ini turut membantu negara menyelesaikan isu berkaitan dengan kebersihan.

Kebersihan merupakan komponen utama dalam merealisasikan agenda untuk menjadi sebuah negara maju dan membangun.

Isu kebersihan ini jika tidak ditangani dengan baik, ia bukan sahaja menjejaskan imej negara tetapi secara tidak langsung meningkatkan kos negara untuk melaksanakan tugas-tugas pembersihan.

Isu kebersihan berjaya diatasi di negara-negara maju, bukan disebabkan ketegasan pihak kerajaan menghukum mereka yang bersalah membuang sampah merata-rata tetapi kesedaran masyarakat itu sendiri.

Sumber: Kosmo Online