“Har4m J betul…” – Konon Hero Kantoikan Pasangan G4y Tapi Kena Kecam Sebab Bel4sah Sampai Teruk

Kebanyakan orang memang suka hukum sendiri kalau dapat tangkap penjenayah atau cekup mana-mana individu yang bersalah atau buat aktiviti tak bermoral. Jangan kata dekat Malaysia, Indonesia dan negara-negara lain pun pernah ada kes yang sama.

Sekumpulan lelaki baru-baru ni berjaya cekup pasangan sejenis tengah buat ‘projek’ dalam kereta. Tapi, mereka dikecam sebab sesuka hati jatuhkan hukuman sendiri dekat ga¥ tu.

Satu klip video jadi viral lepas seorang pengguna upload dekat Twitter. Video berdurasi 1 minit 36 saat tu menunjukkan rakaman sewaktu pasangan g4y tersebut kantoi dan ditangkap geng lelaki tu.

“Pasangan g@y kena cekup lepas tu on the spot kena rembat. Agak-agak la sikit bang. Bukan back up gaay tu, but I’m all against violence.”

Dari awal video tu memang dah terus tunjuk pasangan yang masih berada dalam kereta dikelilingi geng yang tak dapat dipastikan jumlah orang. Tapi mereka terus buka pintu kereta dan korang boleh nampak pasangan tu pun tengah kelam kabut sarung balik pakaian.

Sambil tu, boleh dengar individu yang rakam ni marah dengan pasangan tu sambil beberapa individu lain selamba belasah mereka yang masih dalam kereta tu.

“Keluar! Keluar! Keluar!”

“Menyusahkan orang la lu orang ni. Kau dah tak ada kerja? Dah tak ingat Tuhan ke haa?!”

Masing-masing menjerit dan dua lelaki tu tutup muka dorang sebab tahu ada yang tengah rekod. Boleh nampak geng tu terlalu marah sampai bertindak kasar dan maki hamun dorang.

“P*kim*k! Memalukan betul lah kau ni!”

“B*b! orang ni. Kau, dunia nak kiamat. S*al lah!”

Then, lelaki yang duduk dekat tempat penumpang kena tarik keluar dan geng tu sambung belasah dia dekat tepi berdekatan dengan kereta. Si perakam tu kemudian minta IC tapi salah seorang daripada mereka cakap dia tak bawa dan rakaman tu terus berakhir dekat situ.

 

Tak dapat dipastikan dekat mana lokasi kejadian tu berlaku, tapi memang ramai netizen tak puas hati dan kecam tindakan geng lelaki ni semua.

Masing-masing cakap yang geng ni acah suci dan berlagak sangat sebab berjaya kantoikan gy tengah buat ‘projek’ tapi pada masa yang sama, dorang pun perangai tak elok. Dengan mulut asyik mencarut pulak tu!

Ada juga yang bengang dan cakap that memang perbuatan tu salah sebab hubungan sejenis tapi dorang tak ada hak untuk bagi hukuman sendiri apatah lagi guna kekerasan. Memang sampai berdarah dorang kena belasah dengan geng tu.

Tonton video penuh dekat bawah ni: 

Apa pendapat korang? Rasanya tak perlu guna kekerasan, kalau ye pun, hanya pihak berkuasa yang berhak jatuhkan hukuman dekat depa ni. Ni kang tak pasal hangpa pun masuk l0kap

sumber dari lobakmerah