Ibu terbang dari Jordan ke Bumi Kiwi utk urus jenaz4h anak, meningal dunia dalam tidur akibat kesedihan..

Semalam, di hari Jumaat penghulu seluruh hari, sekali lagi seluruh dunia tertumpu ke New Zealand. Dalam keadaan sebak, sayu dan pelbagai lagi perasaan timbul tatkala satu persatu jenazah 50 m4ngsa k0rban tembakan pengganas dikebumikan.

Jika Malaysia kita begitu terasa dengan pemergian adik Mohd Haziq, 17 tahun yang turut menjadi korban dalam tragedi sukar dilupakan dunia.

Siapa sangka, inilah hikmahnya! Tidak pernah Agama Islam diberi penghormatan ke tahap ini di negara yang majoritinya adalah nonMuslim. Buat pertama kalinya, laungan azan semasa solat Jumaat disiarkan secara langsung di NZland semalam.

Rindukan anak rupanya telah tiada

Namun disebalik kejadian ini, terdapat berita yang turut sayu dan mengusik em0si. Siapa sangka, seorang ibu sanggup terbang jauh ke bumi Kiwi demi menguruskan jenazzah anaknya… Akhirnya diberitahu telah men!nggal dunia.

Terbayang em0si seorang ibu, yang sayang pada anak, tak tertahan rindu. Tetapi yang ada hanya sekujur tubuh kakv membisu..

Wanita tersebut telah meninggaI dunia ketika tidur kerana pa$rah dengan pemergian anaknya dalam peristiwa bersejarah di bumi Kiwi minggu lalu.

Dari Jordan ke NZ

Imam Hafiz Junaid dari Auckland memberitahu AFP, wanita itu terbang dari Jordan ke Bumi Kiwi untuk menguruskan jenazzah anak lelakinya.

Hafiz berkata, wanita terbabit terlampau sedih dengan kehiIangan anaknya.

Kamel Darwish, 38, adalah pekerja kilang tenusu dari Jordan dan antara yang terbvnuh dalam serangan di Masjid Al No0or.

Allahyarham tiba di New Zealand tahun lalu bagi menyertai abangnya. Isteri dan anak-anaknya telah memohon visa untuk datang ke Chrstchurch.

Ibu Kamel, Saud Abdelfattah Mhaisen Adwan, 65, disahkan meniggal dunia hari ini akibat ser4ngan jantung, menurut Kedutaan Jordan di Sydney.Warga emas itu tiba di Chri5tchurch dari Jordan kelmarin.

“Dia terlalu sedih dengan kem4tian anaknya, dan pagi tadi dia telah dijemput Ilahi” kata seorang rakan keluarga itu.

Selain Kamel, bapa saudaranya Mohsin Al-Harbi yang terselamat dalam ser4ngan minggu lalu turut meningal dunia akibat ser4ngan jantung di hospital.

Tidak bangun

“Semalam, dia masuk bilik untuk tidur dan tidak bangun. Dia didapati sudah meninggal dunia,” katanya.

Jurucakap polis mengesahkan kes terbabit dan memaklumkan turut menerima lappran seorang lagi ahli keluarga mangsa meninggaI dunia, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Rupanya Jenazah Dimandikan 3 Kali!

Sikap prihatin ketua negara New Zealand yang diketui Perdana Menterinya, Jacinta Arden serta seluruh rakyatnya yang bertindak menjadi banteng tatkala umat Islam bersolat Jumaat semalam adalah satu pemandangan luar biasa sekali.

Tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku semasa proses memandikan 50 jen4zah m4ti syahid inikan.

Ikuti pengalaman seorang sukarelawan yang berkongsi kenangannya.

Jika di negara ini, sebaik seorang meningal dunia, beberapa jam jen4zah akan dimandi, kemudian dikafan dan dibawa ke tanah perkuburan.

Namun dalam kes di New Zealand ini, memandangkan jenaz4h agak ramai, para sukarelawan mengambil masa selama tiga hari untuk melakukan semua pengurusan.

Sebelum ini satu pasukan dibentuk khas bagi memandikan 5O m4ngsa temb4kan Jemaah Masjid Al N0or dan Linwo0d ini. Dalam satu temubual dengan AFP semalam, seorang sukarelawan yang mahu dikenali sebaga Mo berkata, dia sengaja datang dari Brisbane, Australia dan menjadi sukarelawan memandikan 50 mangsa tr4gedi menyayat hati ini.

Bersama pasukan yang dia tidak kenali pun yang terdiri dari 10 orang sukarelawan dan tiga orang doktor selain dibantu oleh ahli keluarga, Mo berkata, disebabkan skala yang agak ramai, mereka memandikan 47 jen4zah lelaki dan tiga mang5a perempuan dilakukan oleh sukarelawan wanita.

“Para doktor melakukan pekerjaan yang sangat luar biasa dengan membuat j3nazah amat sempurna dipandang. Luka temb4kan dijahit begitu sempurna menjadikan mereka kelihatan amat elok dipandang,” katanya sambil menambah, jenazah dimandikan tiga kali.

“Pertamanya menggunakan air suam bagi membersihkan semua luk4 ditubuh. Keduanya menggunakan air berasal dari pohon yang dianggap suci. Setelah itu dimandikan menggunakan air beraroma wangi. Tubuh sebelah kanan merupakan bahagian pertama dimandikan dan kemudian di sisi kiri

Allah sebaknya bila baca perkongsian Mo ni.

Katanya, pasukan sukarelawan melakukan semua tugasan memandikan jena5ah seperti keluarga sendiri. Saya mandikan mereka seperti saya memandikan jen4zah ayah atau saudara saya,” kata Mo sambil menangis.

Selepas itu bahagian yang sering dikenakan ketika mengambil wuduk seperti kaki, tangan dan wajah dibersihkan untuk terakhir sekali dengan kain basah.

Selepas selesai, jenaz4h diberikan wangi-wangian. Tahap terakhir adalah mengapankan jenazah menggunakan kain kapan selepas di bawa ke tanah perkuburan.

Mo berkata, dalam kejadian itu, pasukannya turut memandikan seorang sukarelawan lain yang  yang meningal akibat kem4langan kereta di negara tersebut.

Mo mengakui, dia dan pasukannya tidak mendapat tidur yang cukup selama tiga hari ini kerana mereka mula memandikan pada jam 8 pagi diakhiri jam 2 pagi. Dan jen4zah terakhir yang mereka mandikan pada jam 2.00 petang hari Jumaat sekaligus menyelesaikan semua yang menjadi k0rban pengg4nas.

Mengakui suasana selepas selesai memandikan itu berlangsung penuh emosi, Mo mengakui seluruh anggota sukarelawan menangis berpelukan mereka sudah menyelesaikan tugasan fardu kifayah ini dengan penuh rasa sebak.

“Ini adalah kenangan yang membahagiakan kerana kami tahu telah melaksanakan satu tugas mulia kepada para k0rban syahid ini. Biar saya hanya dapat tidur satu jam, selepas proses selesai tetapi itulah tidur terlena yang pernah saya rasakan,” katanya penuh sebak.

Semoga Allah memberikan limpahan pahala berganda buat para sukarelawan yang membantu 50 korban ini.