Individu hin4 Rasulullah kahwin dengan kanak-kanak

SEORANG individu telah menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memuat naik gambar menghina Rasulullah SAW di Facebook miliknya, semalam.

Individu yang menggunakan nama ‘Foo Sing Wai’ telah memuat naik gambar katikatur seorang lelaki tua bersama seorang kanak yang menggambarkan Rasulullah bersama isterinya, Siti Aisyah.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan bangsa lain.

“Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

“Malaysia Baharu tidak memerlukan perbalahan antara mana-mana kaum, bangsa atau agama,” kata kenyataan itu hari ini.

Komen Pengguna FB

– Klu pdrm x ambik tindakan blh la buang kalimah kt logo pdrm tu..

– Pernah x viral org islam kutuk agama lain? Hanya org kapir je kutuk agama islam..sebab dri azali org kapir ni mg benci islam.jgn ckp x semua kapir jahat..klau baik pun ade sikit jer kt dunia ni..sebaik2 dia pun jgn terlalu percaya.

– Kt Eropah dh ade undang2 yg menghina nabi Muhammad… Kita yg terang2 negara islam ni bila lg nk ade undang2 yg sma… Mereka negara bkn islam pn blh buat… Xkn kita yg negara islam xleh nk buat… K nk tunggu bala Allah bru nk beringat?

– Apa pun ugama / bangsa kamu.. kamu tidak ada hak untuk menghina Ugama Org lain.. suka ker kalau org islam plak persendakan patung budha gemuk kamu tu?

– Beza nyer kita ngan derang nih, klu islam dihina, kita mmg marah, tp kita tak pernah nk hina balik pun agama derang…sebab nyer islam ajar kita hormat agama lain…
Indah nya islam…

– Jgn pening umat melayu islam ubah je statmen yg kata nabi tu jadi moyang die..abis citer setakat hina semue org boleh hina..kite ni umat islam jaga dn amalkn agama kite dgn sebaik2 nye.slagi x kiamat mmg ade je benda2 cmni brlaku.

Terdahulu, paparan status Facebook itu tular dan mengundang kemarahan orang ramai khususnya masyarakat Islam.

Malah, ramai yang menggesa agar SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan.

Bagaimanapun, carian di Facebook mendapati hantaran tersebut tidak dijumpai dipercayai telah dipadamkan.

Individu yang sama juga dikatakan pernah menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sedang menonton filem lucah di rumah mereka.

Gambar berkenaan yang dipercayai disunting menunjukkan Najib bersama Rosmah sedang menonton filem berkenaan.

Individu hin4 Rasulullah kahwin dengan kanak-kanak

Berikutan itu, netizen mahu individu tersebut ditangkap dan diberi hukuman sewajarnya kerana tindakannya itu jelas telah mengguris hati umat Islam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, orang bukan Islam seharusnya faham batas pertuturan yang boleh dilakukan oleh merka.

Ini kerana, perkara penghinaan terhadap Rasulullah adalah isu yang perlu dihindari.

Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Masyarakat Islam Malaysia dijangka akan membuat laporan polis hari ini.

Gesa polis, SKMM ambil tindakan isu hina Nabi

Individu hin4 Rasulullah kahwin dengan kanak-kanak
JOHOR BAHRU – Susulan tular satu paparan muat naik sebuah akaun Facebook menghina Nabi Muhammad SAW, seorang individu tampil membuat laporan polis.Laporan polis tersebut dibuat oleh Ahmad Akmal M Tahrir di Balai Polis Tampoi, di sini.Ahmad Akmal berkata, beliau menyedari mengenai muat naik di akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW itu sekitar jam 9 pagi tadi, ketika berada di rumahnya.

“Saya rasakan amat melampau kerana menghina baginda Nabi Muhammad SAW dengan gambar kartun yang disunting keterlaluan.

“Saya sebagai umat Islam yang begitu cintakan Nabi Muhammad SAW tidak mungkin hanya mendiamkan diri. Maka saya datang ke balai polis membuat laporan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Tampoi, di sini.

Ahmad Akmal berkata, beliau mahu pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan terperinci ke atas pemilik akaun Facebook tersebut.

Katanya, tindakan tegas daripada pihak berkuasa juga amat diharapkan kerana budaya menghina agama Islam sudah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Terdahulu tular di media sosial khususnya paparan karikatur di Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Rata-rata netizen beragama Islam turut memuat naik komen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun tersebut.