JKR Sedang Mengkaji Untuk Mengehadkan Kelajuan Motosikal Hanya 70km/j

Pihak JKR sebelum ini telah memaklumkan sedang melakukan perbincangan mengenai perlaksanaan langkah keselamatan dengan beberapa pihak NGO dan persatuan motosikal untuk menghadkan penggunaan lorong kiri khas untuk pengguna motosikal.

Langkah ini dilihat perlu dikaji dan dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan melibatkan motosikal yang tiap tahun memakan ribuan nyawa di jalan raya.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Rosli Isa berkata beberapa faktor perlu diambil kira untuk melaksanakan langkah ini, antaranya menetapkan had laju motosikal.

Bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal, antara langkah lain yang mungkin diambil adalah untuk menghadkan kelajuan motosikal 150cc dan ke bawah kepada hanya 70km/j kerana faktor utama kamalangan jiwa melibatkan penunggang motosikal adalah kerana menunggang laju.

Namun menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kertas kerja ini masih dalam tahap perbincangan dan masih belum ada tarikh rasmi ditetapkan untuk melaksanakan cadangan ini.