“Kalau cikgu panggil meh sini aku jawab” – Netizen Sokong Bapa Ini Bagi ‘Greenlight’ Anaknya Gaduh Di Sekolah

Walaupun kita awasi anak kita, kita takkan dapat lindungi sepanjang masa, jadi cara yang terbaik adalah didik mereka untuk mereka untuk ‘jaga diri sendiri’.

Bapa manalah yang sanggup lihat anak nya dibuli, dipukul oleh orang lain, kalau boleh tak nak kena cuit sikit pun.Itu sebablah si bapa ini tak kisah kalau anaknya ‘bergasak’ di sekolah. Tapi korang jangan salah anggap baca cerita sampai habis dulu..

Aku bagi green light je dia bergaduh. Cikgu panggil pergi sekolah meh sini aku jawab”

Menurut seorang bapa yang dikenali sebagai @JarrNadjmuddean, anaknya sebenarnya dibuli, pasal perkara remeh je pun. Budak-budak zaman sekarang ni memang makin lama makin ‘advance’ perangai

“Aku dah pesan kat Adam kalau budak form 2 tu pukul dia, lawan balik. Aku kalau anak bergasak sebab orang nak buli ni aku bagi green light je dia bergaduh. Cikgu panggil pergi sekolah meh sini aku jawap.”

Apa yang mendorong ayahnya ni untuk berikan lampu hijau pada anak (Adam), adalah disebabkan budak-budak yang bulinya ini jenis ‘tak makan saman’ walaupun dah kena panggil dekat bilik disiplin.

Cikgu nampak panggil bilik disiplin lepas tu member dia pesan dekat anak aku dorang tak puas hati nak repeat.”

Kalau admin jadi ayah dia pun admin rasa admin dah lunyai budak-budak ni. Ya lah ibu bapa mana tak risau kalau anak rasa terancam bila pergi sekolah kan?

“Korang tahu sebab apa dia tak puas hati dengan Adam? Semalam latihan bolasepak, Adam dribble dia 3-4 kali lepas tu terus datang siku muka Adam. Cikgu nampak panggil bilik disiplin lepas tu member dia pesan dekat anak aku dorang tak puas hati nak repeat.”

Tapi jangan lah salah anggap ayahnya ni minta si Adam untuk mempertahankan diri, bukan nak suruh jadi gangster tu. Rata-rata netizen sokong dengan tindakan lelaki ini.

“Betul cara kau ni” – Netizen

Nak salah kan ibu bapa, tak boleh cikgu pun tak boleh, kadang-kadang si pembuli ni ada taktik licik supaya tak nampak di mata cikgu biarpun sudah dipantau habis-habisan.

Lepas tu anak-anak jadi takut nak buka mulut walaupun depan ibu bapa. Jadi, ini jelah cara yang boleh buat. Betul tak?

Sumber dari Lobak Merah