Eksklusif : Uncle Kentang Berhasrat Tanding Sebagai Calon Bebas PRK Semenyih!

PRK DUN Semenyih diadakan susulan penyandangnya dari PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meningal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat ser4ngan jantung.

Pada PRU-14 yang lalu, Bakhtiar mengetepikan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abdul Aziz serta dua calon lagi iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bakhtiar mengalahkan Johan daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU-14. Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac depan bagi tarikh mengundi PRK DUN Semenyih.

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih melainkan ada sesuatu ‘luar biasa’ yang di bawa oleh UMNO dan PAS.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, berkata jika diambil kira majoriti kemenangan PH di Semenyih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kerjasama yang bakal wujud antara UMNO dan PAS nanti, majoriti yang boleh dimenangi calon PH adalah kira-kira 1,000 undi saja.

Justeru, katanya, PH sudah mengatur beberapa cara untuk memastikan kemenangan.

“Kami juga yakin akan dapat majoriti undi Melayu di Semenyih termasuk undi dari kaum lain juga.

Kemenangan kita dulu adalah kerana rakyat kecewa dengan pemerintahan lama.

“Bagaimanapun, tumpuan rakyat kini bukan kepada kesalahan lama tapi rakyat nak lihat kejayaan kita selepas ambil alih kerajaan.

“Kita akan jelaskan kepada rakyat apa yang kita sudah lakukan, sedang lakukan dan akan kita lakukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

KITA BERPOLITIK UNTUK PARTI ATAU UNTUK RAKYAT? Sila share jika kamu setuju.

Kecewa Dengan Situasi Politik Kini, Uncle Kentang Berhasrat Tanding Sebagai Calon Bebas PRK Semenyih!

Saya di tegur oleh penyokong PH dan BN agar tidak menyertai PRK DUN Semenyih. Mereka masing masing mau parti mereka menang. Ada PH kata saya musuh ada BN kata saya di tanam sebagai agen PH untuk pastikan BN tak menang di Semenyih. Ada pula orang kata saya agen DAP dan kasi pecah undi. Baik lah saya nak tanya adakah kita menyokong parti atau menyokong rakyat?

Saya berhasrat bertanding di PRK DUN SEMENYIH dengan HATI DAN JIWA ORANG SUSAH, DEMI ORANG SUSAH BERSAMA ORANG SUSAH.

MENGAPA NAK BERTANDING?

Kalau saya membuat aku janji saya akan buat seperti apa yang saya buat di Puchong sekarang di Semenyih, Van jenazah, Teksi 10 sen. Tempat ambil makan dan hantar makanan sampai lah rumah, Ambulan RM 1, Pasar 10 sen, pelbagai lagi inisiatif, adakah CALON LAIN tercabar dan HARUS BUAT AKU JANJI YANG SAMA?

KALAU LAH MEREKA TAK BOLEH BUAT APA YANG SAYA JANJIKAN DI SEMENYIH, BAIK MEREKA JANGAN BERTANDING.

Ini bermakna mereka akan terhimpit dan akan melafazkan aku janji yang sama, APA BENDA MANIFESTO? MANISFESTO TARAK GUNA KERANA IA TAK PERLU DI TUNAIKAN. BERTANDING DI SEMENYIH, kita harus buat STAUTORY DECLARATION DAN PERLU BERSUMPAH APA YANG BAKAL KITA BERI KEPADA ANAK ANAK SEMENYIH.

Bukan janji manis yang kosong dan biar anak anak SEMENYIH melopong lagi.

Saya bertanding demi untuk membawa perubahan yang akan menguntungkan ANAK ANAK SEMENYIH. Bukan untuk menang parti. Saya berhasrat tanding sebagai CALON BEBAS. Biar lah kita bertanding bawa perubahan kepada NASIB ANAK ANAK SEMNYIH DAN BUKAN NASIB CALON ATAU PARTI dan tinggalkan anak anak SEMENYIH gigit jari.

Tuhan buka peluang untuk ANAK ANAK SEMNYIH BERUBAH NASIB DAN HIDUP MEREKA AGAR LEBIH TERBELA DAN TERSUSUN.

Kalau saya boleh buat aku janji untuk segala perkhidmatan, mengapa tidak pula calon calon lain?

Renung renung lah wahai sahabat. KITA HIDUP SEKEJAP. BIAR ANAK ANAK SEMENYIH MENANG DALAM PRK, DI UBAH NASIB MEREKA , DI UBAH HIDUP MEREKA , AIR MATA TAK BERLINANGAN KERANA SAKIT TERLANTAR TAK DI TOLONG, JENAZAH KAKU TAK DI PEDULI, TANGISAN ANAK LAPAR TAK MAKAN TAK DI HIRAUKAN….

Orang politik akan berpolitik seumur hidup mereka, biar lah kita aku dan kau berjuang demi cari sedikit bekalan ke akhirat dan bela nasib anak anak Semenyih.

Saya hairan penyokong tegar PH dan BN adakah kita nak berpolitik untuk calon, untuk parti, atau betul betul untuk rakyat dan Nasib Anak Anak Semenyih?

AKU TRAP CALON LAIN. KALAU LAH AH KUAN YANG KERDIL INI BOLEH BUAT AKUJANJI DAN NAK BANTU ANAK ANAK SEMENYIH, KAU JUGA SEBAGAI CALON, HARUS TAMPIL DAN BUAT AKU JANJI MACAM MANA NAK UBAH NASIB ANAK ANAK SEMENYIH DAN BUKAN UBAH NASIB ENGKAU SEBAGAI CALON, UBAH NASIB PARTI ENGKAU BERTEMPIK ATAS PENTAS GAGAH TAPI RAMAI LAGI ANAK MELAYU, ANAK INDIA DAN ANAK CINA MASIH LAPAR, MASIH TERKANDAS DAN TERPINGGIR.

Salam hormat dari saya.
Kuan Chee Heng
Bakal Calon Bebas untuk ANAK ANAK SEMENYIH.

Kecewa Dengan Situasi Politik Kini, Uncle Kentang Berhasrat Tanding Sebagai Calon Bebas PRK Semenyih!

Kalau kamu like apa yang saya katakan share dan mari lah kita buat aku janji membaikkan mana yang lemah dan menambahkan mana yang kurang. Hidup ini adalah dengan izin Tuhan. Cari berkat demi ubah nasib anak anak Semenyih.

Apa Kata Pengguna FB

– xperlu pecah undi Uncle… satu pembaziran… baik uncle bantu BN-PAS lawat kawasan tlg mereka yg susah kt situ… sayang walau satu undi pun…

– sy suka uncle tp rasanya uncle x perlu ikut bertanding kerna kita nk kasih jatuh PH dulu, uncle bnyk peminat nnt pecah undi pulak, uncle join lh pas atau umno dulu

– Dari komen2 yg dibaca 100% tak bersetuju dgn niat uncle kentang ni utk bertanding. Untuk apa? Nak pecahkan undi lagi. Tak payah burukkan reputasi anda yg dihormati kpd dibenci. Teruskan kerja amal anda itu nasihat kami melayu. Cina,India tak tahulah mungkin mereka suka. Fikir 10 kali natijahnya. Decision is yours advice is ours.

– teruskn berbakti kpd rakyat uncle lupakan politik sebabnye akan menambahkan beban sangkaan buruk terhadap diri kite,bersyukur dgn keadaan ape yg tuhan beri kepade uncle yg mane tak ade pade diri org lain,tuhan maha mengetahui