Minyak subsidi 30sen seliter untuk kereta, motosikal terpilih

BELANJAWAN 2019 | Seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 motosikal dijangka akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi bersasar yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng subsidi berkenaan akan diberikan kepada pemilik kereta 1.5cc dan motosikal 125cc.

Katanya subsidi berkenaan ialah sebanyak 30sen terhadap 100 liter sebulan untuk kereta, dan 40 liter untuk motosikal.

“Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi melaksanakan skim itu kata Lim kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM2 bilion.

Subsidi petrol 95 bersasar mulai suku kedua tahun 2019.

Mekanisme;

1. Setiap isi rumah yang ada kereta bawah 1500cc dapat beli minyak bersubsidi. Terhad pada 1 kereta sahaja.

2. Setiap isi rumah yang ada motor bawah 125cc dapat beli minyak bersubsidi.

Ada had pembelian untuk bendung ketirisan & penyelewengan.

Bagi kereta, 100 liter sebulan.
Bagi motor, 40 liter sebulan.

Selepas mekanisme ini dilancarkan kerajaan, ron 95 akan diapungkan ikut harga pasaran.

Subsidi yang kerajaan akan bagi ialah 30 sen bagi setiap liter.

Caranya;

Contoh:

1. Bulan April 2019, harga minyak ron 95 = rm3.00. Yang dapat subsidi beli dengan harga 2.70 seliter. Yang tak dapat, kena beli ikut harga pasaran yakni rm3 seliter.

2. Bulan Mei 2019, harga minyak ron 95 = rm2.30. Yang dapat subsidi beli dengan harga rm2.00. Yang TIDAK dapat, beli ikut harga pasaran.

sumber dari MalaysiaKini