“Najib Turun Padang Jumpa Rakyat Macam Tidak Pernah Buat Salah!”- Anwar Ibrahim. Respon Najib Ini Memang Padu

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkempen di PRK Cameron Highlands mengundang rasa kurang senang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, beliau tidak dapat menerima Najib datang ke Cameron Highlands berjumpa rakyat seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya tengok berbanding dengan PRK yang lain kali ini Najib rajin datang. Bagus, memang hak dia sebagai warganegara dan rakyat.

“Tapi saya nak beritahu bahawa Najib kena terima kenyataan bahawa dia telah bawa satu kerosakan imej dan ekonomi Malaysia paling besar dalam sejarah. Satu dunia tahu,” katanya dalam Ceramah Perdana PH di Tanah Rata, di sini, malam ini.

Najib minggu lalu meluangkan masa tiga hari untuk berkempen membantu calon BN dalam PRK Cameron Highlands.

Ahli Parlimen Pekan itu sekali lagi turun berkempen minggu ini.

Saya turun guna kenderaan sendiri – Dr. Wan Azizah

Nampaknya media sosial menjadi medium yang paling popular untuk ahli politik tanah air menyindir anggota parti lawan.

Ketika ini tidak dinafikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak paling popular menggunakan media sosial untuk membidas fakta yang dianggap sebagai tidak betul yang dikeluarkan oleh pemimpin parti lawan.

Terbaharu nampaknya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula menggunakan Facebooknya untuk menyindir pembangkang.

“Apa khabar rakyat Cameron Highlands? Saya turun menggunakan kenderaan sendiri

“Oh belakang itu gambar calon BN, kami tak potong gambar muka calon macam kerajaan dulu dulu,” kata Dr. Wan Azizah.

Ketika ini hangat isu segelintir ahli politik Pakatan Harapan menggunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.

Tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan isu yang ditimbulkan sepanjang kempen PRK Cameron Highlands apabila Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menggunakan kenderaan milik Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNP).

Isu tersebut berlarutan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tengku Zulpuri dengan jentera BN.

Ekoran daripada itu, calon BN, Ramli Mohd Nor telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan mengenai kes dua lelaki memakai baju PH yang dikesan menggunakan kenderaan kerajaan untuk melakukan tugasan parti dalam kempen tersebut.

Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti Ph dan Jalur Gemilang.

Sementara pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kecoh juga isu gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad dipotong daripada banner pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak bertanding di kawasan berkenaan.

Najib Hairan Dengan Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kehadirannya berkempen di PRK Cameron Highlands.

Katanya, itu merupakan hak beliau untuk berkempen atas permintaan rakyat

“Kenapa Anwar nak kisah dekat saya? Ini hak saya sebagai pemimpin dan saya turun ini kerana permintaan orang tempatan.

“Menteri Besar Pahang juga memaklumkan kepada saya tempat-tempat yang orang tempatan minta datang. Ada yang hantar WhatsApp kepada saya secara peribadi,” katanya kepada media selepas mengadakan walkabout di Ringlet, di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dalam Ceramah Perdana PH berkata, beliau tidak dapat menerima Najib datang ke Cameron Highlands berjumpa rakyat seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau tidak akan pergi ke tempat yang ada permintaan.

“Misalnya, saya pergi Pos Betau tadi atas kehendak Orang Asli yang mahu saya datang lagi.

Jadi, saya tak pergi tempat yang orang tak nak saya pergi.

“Dalam sistem demokrasi Parlimen secara terbuka sesiapa ada hak untuk berkempen, ada apa-apa masalah. Biar rakyat menentukan siapa pilihan mereka,” katanya.