NASA Sahkan Asteroid Dikesan Bulan Lepas Terbang Lintasi Bumi Awal Pagi Tadi

Terlebih dahulu penulis memohon maaf di atas salah faham fakta yang berlaku terhadap penyiaran artikel berkenaan asteroid pada tarikh 13.1.2019/Ahad. Terdapat dua asteroid yang melintasi hampir dengan Bumi iaitu Isnin lepas dan hari ini. Berikut adalah fakta mengenai asteroid yang melintasi Bumi hari ini. 

Satu asteroid gergasi yang dikesan radar dalam sebulan yang lepas telah terbang melintasi Bumi awal pagi tadi, seperti yang didedahkan oleh NASA.

Asteroid berkenaan yang diberi nama Asteroid 2019 AG3 melintasi Bumi pada 2.18 pagi GMT (UTC) dikesan oleh saintis di Jet Propulsion Laboratory (JPL).

NASA bagaimanapun memberitahu bahawa asteroid berkenaan tidak akan menghentam Bumi, namun melakukan pemerhatian disebabkan saiz asteroid berkenaan yang besar.

Menurut JPL, asteroid berkenaan dianggarkan mempunyai saiz lebar diantara 64 meter sehingga 140 meter. Saiz ini dikatakan menyamai panjang dua kali ganda kepak pesawat Boeing 747.

Mana-mana asteroid yang mempunyai lebar 140 meter ke atas dikategorikan sebagai Potential Hazardous Ateroids (PHAs) sekiranya batuan angkasa tersebut menghampiri Bumi.

Batuan angkasa berkenaan sekiranya menghentam Bumi boleh memberi kesan kepada kawasan seluas satu benua. Asteroid bersaiz 140 meter mempunyai tenaga hentaman sekuat 60 megaton TNT, lebih kuat daripada mana-mana ujian senjata nuklear yang pernah dilakukan manusia.

Bagaimanapun, tiada ancaman yang dibawa oleh Asteroid 2019 AG3 disebabkan jaraknya yang melintasi Bumi pada 4.9 juta kilometer.

Sehingga kini, asteroid terbesar yang diketahui dan dianggap sebagai PHAs adalah asteroid Apollo yang mempunyai saiz selebar 7 kilometer.

NASA percaya 2019 AG3 menghampiri Bumi daripada jarak 0.03303 astronomical units (au). Satu unit ukiran au mewakili jarak sejauh 149.6 kilometer iaitu jarak antara Bumi dengan Matahari.

Bagaimanapun jarak kedudukan tersebut berubah secara drastik kepada 4.9 juta kilometer awal pagi tadi. Jarak ini menyamai 12.68 kali jarak diantara Bumi dengan Bulan.

Tidak Akan Ada Asteroid Hentam Bumi 1 Februari Ini – ANGKASA

Satu asteroid gergasi yang bergerak pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi didakwa akan membuat ‘Perjalanan Mendekati Bumi’ Jumaat ini, seperti yang didedahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan, Amerika Syarikat (NASA).

NASA Sahkan Asteroid Dikesan Bulan Lepas Terbang Lintasi Bumi Awal Pagi Tadi

Diberi kod nama Asteroid 2014 AD16, NASA menjangkakan asteroid berkenaan akan melintasi kawasan pada jarak yang hampir dengan Bumi pada awal pagi Jumaat. Ini adalah kali pertama objek berkenaan menghampiri Bumi dalam tempoh lima tahun sejak NASA mula memantaunya bermula tahun 2014.

Walau bagaimanapun, menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan rasmi menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa asteroid tersebut tidak akan menghentam Bumi pada tarikh yang dinyatakan, 1 Februari 2019.

NASA juga membuat anggaran bahawa asteroid berkenaan mempunyai diameter diantara 8.8 sehingga 20 meter, sama dengan meteor yang pernah menghentam Bumi pada 2013 di Chelyabinsk, Rusia.

Dalam insiden berkenaan, meteor tersebut yang meletup di udara telah melepaskan gelombang kejutan yang menyebabkan lebih daripada 7,000 buah bangunan rosak di beberapa buah bandar selain ribuan turut tercedera, akibat terkena serpihan cermin bangunan yang pecah.

Menurut NASA, impak gelombang kejutan tersebut mempunyai kekuatan 20 sehingga 30 kali ganda daripada letupan bom atom.

Ancaman asteroid sukar dikesan sehinggalah ia mula memasuki fasa kemasukkan ke Bumi, meninggalkan amaran bahaya ‘serangan’ daripada atas.

Sehingga kini, NASA menganggarkan bahawa terdapat sekitar 10 juta asteroid yang berlegar pada kedudukan berdekatan dengan Bumi atau Near-Earth Objects (NEOs) yang mempunyai diameter melebihi 20 meter.

Berdasarkan kejadian yang berlaku di Rusia, NASA mengingatkan orang ramai bahawa NEOs bersaiz kecil sekalipun boleh meninggalkan impak dengan kekuatan berganda-ganda daripada letupan sebuah bom atom.

Bagaimanapun, kata NASA penduduk Bumi bernasib baik pada Jumaat ini kerana AD16 mempunyai risiko yang sangat rendah untuk memasuki orbit Bumi. Pada jarat terdekat dengan Bumi, AD16 sebenarnya berada pada kedudukan 0.03297 astronomical units (au), dimana 1 au bersamaan dengan 149.9 juta kilometer iaitu jarak antara Bumi dengan Matahari.

Dalam kiraan kilometer, AD16 sebenarnya akan terbang melintasi Bumi pada jarak 4.9 juta kilometer atau kira-kira 12.83 kali lebih jauh antara jarak Bumi dengan Bulan (384,400 kilometer).

Jika diambil kira pada jarak melebihi jutaan kilometer itu, ia mungkin sesuatu yang sangat jauh daripada manusia, namun dalam konteks angkasa lepas, ia sebenarnya sangat dekat dengan ancaman asteroid besar dan impak hentaman yang sangat berbahaya kepada manusia.

Sumber dari SiakapKeli