Niat Mahu Menanam Bangk4i Kucing, Akhirnya Terjumpa Sesuatu Yang Sangat ‘Berharga’

Rompin – Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya.

Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya m4ti.

“Bila anak kucing tu m4ti, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya guna terkena objek keras macam besi.

“Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna emas.

Niat Mahu Menanam Bangk4i Kucing, Akhirnya Terjumpa Sesuatu Yang Sangat ‘Berharga’

Saya tak sangka kem4tian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas. Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.

“Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau… warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.

Apa Itu Kacip Pinang?

Niat Mahu Menanam Bangk4i Kucing, Akhirnya Terjumpa Sesuatu Yang Sangat ‘Berharga’

Kacip pinang ialah sejenis pisau yang direka khas untuk memotong pinang. Alat ini sangat penting bagi pemakan sireh, oleh kerana orang sekarang sudah kurang atau pun tidak memakan sireh lagi maka alat ini pun sama sama pupus bersama. Inilah juga alat warisan Melayu yang turun temurun mengikut zaman.

Kacip sireh yang diperbuat daripada besi ini mempunyai seninya tersendiri untuk menggunakannya. Begitu juga bentuknya yang diukir berbagai bentuk hanya untuk menghiaskan alat tersebut. Memang pun alat ini hanya untuk mengupas dan memotong pinang sahaja dan kegunaan lain memang sukar digunakan.

Selain mengacip pinang, kacip ini turut digunakan untuk menghiris gula Melaka, memotong cangkerang siput sedut sebelum dimasak dan memotong daun rokok

Dewasa ini kacip jarang kelihatan kerana tidak ramai orang yang makan sirih pinang malah kacip yang biasa diletakkan bersama tepak sirih ketika adat istiadat Melayu berlangsung.

Kini, sangat jarang tepak sirih dibawa malah saya pasti ramai anak muda yang tidak kenal apa itu kacip pinang.

Berkenaan perkaitan kacip dan unsur mistik dalam masyarakat Melayu, orang dahulu percaya bahawa meletakkan kacip di rumah boleh mengelakkan pel3sit dari memasuki rumah.

Sumber dari ReviewEver