Nurul Izzah Amat Sedih. Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Punca Dah Tawar Hati

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengaku “patah hati” dengan perkembangan politik kebelakangan ini.

Dalam wawancara Straits Times, Nurul Izzah juga memberi gambaran bahawa penggal ini akan menjadi yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Memberi gambaran tentang perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu, anak perempuan Presiden PKR Anwar Ibrahim itu berkata: “Sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah seperti patah hati.”

Wawancara itu menggambarkan Nurul Izzah sebagai keberatan menyatakan secara spesifik sebab patah hati kerana mahu terus memberi “hormat” dan tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menyebutkan beberapa perkara yang mengecewakannya.

Salah satunya, Nurul Izzah mengakui penyertaan bekas ahli parlimen Umno dalam parti komponen PH merupakan perkara yang mengecewakannya.

” Ia situasi sukar yang sangat buruk, bukan hanya untuk PKR, tapi juga untuk pengundi dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

” Ia situasi yang sangat menyedihkan kerana saya percaya sistem dua gabungan penting untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Nurul Izzah juga menegaskan perlunya naratif jelas untuk menguatkan golongan yang dianggap moderat.

” Kita tidak begitu tumpu untuk menguatkan yang di tengah-tengah. Kita tidak cukup berusaha untuk ketengahkan golongan yang dianggap moderat,” tambahnya.

Selain itu, bekas naib presiden PKR itu turut mengakui cabaran bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya.

” Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Dua hari lalu, Nurul Izzah dilapor meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Perkembangan itu hadir selepas Dr Mahathir mengarahkan agar Ronald Kiandee terus memegang jawatan pengerusi PAC, meskipun bekas ahli parlimen BN itu sudah menyertai PH.

Keputusan Dr Mahathir itu dilihat bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangkang.

Disember tahun lalu, Nurul Izzah membuat keputusan yang mengejutkan apabila meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah juga sudah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan menumpukan untuk menjadi ahli parlimen.

Ini reaksi padu Khairuddin

BERIKUT ialah petikan komen Penyelaras Parlimen Jasin Khairuddin Abu Hassan di akaun Facebook beliau berhubung tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah yang didakwa memberi kenyataan negatif terhadap kepimpinan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diwawancara media Singapura pada Jumaat.

YB NURUL IZZAH TAK SEPATUTNYA MEMBERI GAMBARAN NEGATIF TERHADAP PERDANA MENTERI DI SINGAPURA!! INI AMAT TIDAK BERETIKA!!

Inilah masalah di antara rakan-rakan dalam Pakatan Harapan!! Segelintir daripada mereka tidak ikhlas sesama sendiri!!

Sekiranya inilah sikap tidak ikhlas dan tiada semangat kesetiakawanan sesama kita; macam mana Tun Dr Mahathir Mohamad nak kemudi negara ke era lebih gemilang dan cemerlang?

Tikam belakang sesama sendiri senantiasa berlaku yang akhirnya kita terpaksa buang masa untuk memikirkan bagaimana hendak menangkis serangan sesama kawan-kawan sendiri!!

Kerja-kerja untuk membina semula negara sukar dilaksanakan secara licin dan berkesan!! Banyak masa kena buang untuk ‘fire fighting!!’

Memberi komen-komen negatif terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di luar negara amat tidak wajar!! Ini cukup tidak beretika!!

Di dalam negara; kita semua lafaz sokongan pada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi bila berada di luar negara kita beri gambaran negatif pula terhadap beliau!!

Ini menunjukkan kita tidak ikhlas sesama rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan!! Sikap yang seperti ini tidak harus berada pada sesama kita!!

YB Nurul Izzah mempunyai pelbagai platfom terbaik di dalam negara untuk meluahkan perasaan tidak puas hati beliau pada Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini amat emosional dan tidak rasional!!

Kenapa beliau harus terus mengungkit kisah-kisah silam di saat semua sudah berikrar untuk berganding bahu secara erat untuk bina semula negara yang telah teruk dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi pada suatu masa dahulu!!

Ini adalah masa untuk kita semua menggembeleng tenaga bagi bina semula tanahair yang tercinta ini!!

Sesungguhnya, adalah tidak wajar serta tidak beretika untuk YB Nurul Izzah meluahkan kata-kata tersebut pada Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam interbiu beliau dengan akhbar The Straits Times Singapura dua hari yang lepas!!

Bagi saya, YB Nurul Izzah cukup matang di dalam politik dan saya juga amat yakin beliau sendiri akan setuju dengan pandangan yang beliau lontarkan pada Perdana Menteri Malaysia di singapura amat tidak beretika sama sekali!!

Kenyataan tersebut tidak harus keluar dari seorang tokoh politik yang agak berpengalaman kerana ianya bukan saja bakal mengaibkan imej tun dr mahathir mohamad tetapi juga maruah negara turut tercemar!!

Ini adalah satu gerakan yang dirancang secara terancang untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya menggulingkan beliau daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia!!

Gerakan untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia masih digerakkan oleh kalangan tertentu demi untuk mencapai agenda politik mereka!!

Tun Dr Mahathir Mohamad harus terus berwaspada di antara bulan Mac sehingga November tahun ini!!

Seandainya kalangan parasit ini bersikap keterlaluan; saya akan perangi mereka secara habis-habisan walaupun terpaksa lawan seorang diri!!

‘Alang-alang seluk pekasam; biar sampai ke pangkal lengan!!’ Pantang anak melayu berundur sebelum melawan!!

Ikhlas daripada
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin

Sumber dari MalaysiaKini dan IsmaWeb