Penjual laksa ‘beracun’ kini makan tak kenyang, tidur tak lena

Pemilik gerai jualan laksa kebok, Daud Ismail, 51, yang kesal dengan tuduhan ke atas perniagaannya.

Daud dari Kampung Landak, Kupang, mempertahankan laksa yang dijualnya sejak 2003 tidak tercemar, lapor Berita Harian.

Malah, katanya, dia dan anggota keluarga akan merasa terlebih dahulu sebelum menjualnya.

“Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati malah kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru tiga tahun buka gerai depan rumah.

“Apa pun kami akan rasa dulu laksa sebelum dijual, sama ada masin, tawar atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi.

Daud juga berkata tiada bahan tambahan dimasukkan.

Berkaitan bahan-bahan digunakan, dia berkata, pucuk selom digunakan dalam laksa pada hari Isnin hingga Ahad manakala salad pada Rabu hingga Sabtu.

“Pucuk Selom saya beli di Sik, jika ada baki akan dibawa sampai Selasa manakala salad pula dibeli dari pasar di Pekan Kupang di mana setiap minggu saya membeli di tempat sama,” katanya.

Beliau juga mendedahkan Pejabat Kesihatan Daerah Baling telah melakukan pemeriksaan pada 11 pagi kelmarin dan mengambil sampel laksa, kuah dan sayur.

Pemeriksaan kali kedua dibuat pemeriksaan pada jam 9 pagi semalam, namun hanya mengambil sayur sahaja, katanya lagi.

Sementara itu, Daud berkata beliau hanya mengetahui dakwaan dua orang mati selepas makan laksa ini selepas menerima mesej yang tular.

“Selepas itu, saya rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu, tidur tak lena dan fikir siapa lagi nak datang rumah,” beliau dipetik sebagai berkata.

Tidak seperti biasa, katanya, sesetengah pengguna jalan raya kini akan memperlahankan kenderaan dan menoleh ke gerai jualannya, selepas mesej tular itu.

Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye setakat pagi tadi berkata kes itu masih disiasat

Ekoran kejadian ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan notis arahan tutup sementara gerai laksa berkenaan selepas banyak mangsa mengalami cirit birit teruk selepas menikmati laksa yang amat popular ini kerana di katakan kuahnya berbau wangi dan rasanya amat sedap.

Penjual laksa ‘beracun’ kini makan tak kenyang, tidur tak lenaLaksa Kebok ini dikatakan amat popular kerana keenakan kuahnya yang berbau wangi dan viral di media sosial
Penjual laksa ‘beracun’ kini makan tak kenyang, tidur tak lenaNotis penutupan laksa kebok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Penjual laksa ‘beracun’ kini makan tak kenyang, tidur tak lena

Menurut anak salah seorang maangsa yang meninggaal selepas memakan laksa ini, arwah ibunya, Raseah Ali Musa, 70 tahun mulai cirit birit dan muntah-muntah tanpa henti bermula jam 1 pagi Sabtu selepas makan laksa itu bersamanya, petang Jumaat.

Jelas Norliza Shaari, 46 tahun dari Kampung Kerunai di sini, dia sama sekali tidak menduga keterujaan pertama kali mencuba laksa terkenal dari Kupang, Baling itu membawa kepada kemaatian ibunya.

“Bayangkan bermula jam 1 pagi (Sabtu malam), saya dan aarwah emak mula sakit perut diselangi cirit-birit dan muntah-muntah berterusan sehingga tak bermaya. Emak sendiri membuang air besar lebih dari 20 kali, terlihat azab dilaluinya kerana kesakitan melampau.

“Bila melihat keadaan semakin teruk, kami ke Hospital Gerik. Emak menerima rawatan manakala saya pula turut dirawat kemudian, sekitar jam 10 pagi,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan kesihatan warga emas itu semakin buruk dan dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.

“Allahyarham emak tidak dapat diselamatkan dan meninggaal dunia di Ipoh pada jam 9 malam Jenazah emak dibawa balik ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Stang pada jam 11.30 pagi,” katanya.

Selain warga emas, seorang kelainan upaya, Abdul Rahim Abdul Manan, 28 turut meninggaal dunia selepas didakwa menikmati laksa dari kawasan lokasi yang sama.

Menurut ayahnya, dia sama sekali tidak menyangka laksa kegemaran ahli keluarga menjadi punca kemaatian anak keduanya Sabtu lalu.

Penjual laksa ‘beracun’ kini makan tak kenyang, tidur tak lenaAbdul Manan (kiri) menceritakan kisah kemaatian anak keduanya akibat keraacunan makanan kepada Fadzil (tengah) dan Dr Ahmad Safwan.

Abdul Manan Abdul Hamid, 58, berkata, anaknya Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang juga orang kurang upaya (OKU) sangat meminati hidangan laksa dibeli di sebuah kedai di Kampung Seri Landak, Kupang, Kedah.

“Petang Jumaat lepas saya beli tiga bungkus laksa di kedai itu untuk dinikmati lima ahli keluarga di rumah termasuk Allahyarham tapi pada sebelah malam, sekurang-kurangnya empat ahli keluarga kami termasuk Allahyarham dan saya sendiri mengalami sakit cirit-birit luar biasa.

“Kami pergi ke Hospital Gerik keesokan hari dan diberi ubat cirit-birit tapi keadaan kesihatan kami semakin buruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk Allahyarham dimasukkan ke hospital pada sebelah malam,” katanya.

Abdul Rahim dari Kampung Gerik di sini, berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Majlis Daerah Gerik, Fadzil Aziz dan Dr Ahmad Safwan di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih malang apabila keadaan Abdul Rahim semakin serius dan dia akhirnya meninggaal dunia pada jam 8.15 malam Sabtu lalu.

“Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gerik, semalam tapi pemergiannya amat mengejutkan kerana keadaan fizikalnya sihat sebelum ini. Saya memang selalu beli laksa di kedai itu (Kampung Seri Landak, Kupang) sebab memang kegemaran Allahyarham.

“Sekarang hanya saya masih dirawat di hospital, seorang lagi anak saya sudah dibenarkan balik ke rumah. Kami sekeluarga juga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Penjual laksa ‘beracun’ kini makan tak kenyang, tidur tak lenaTular di media sosial kononnya makan laksa dan membawa kepada kematian

Seorang lagi mangsa keracunan makanan, Mohammad Musa Zahedin, 21, dari Kampung Gerik, di sini mengakui fobia untuk menikmati laksa selepas mengalami masalah keracunan makanan terburuk dalam hidupnya.

“Selepas balik kerja Jumaat lepas saya nampak kakak ada beli laksa, jadi saya terus makan sebab lapar. Malam hari yang sama, saya sakit perut luar biasa hingga terpaksa buang air besar lebih 20 kali sebelum akhirnya dimasukkan ke hospital.

“Kakak maklumkan pada saya yang laksa itu dibeli di Kupang, Baling. Lepas ini, memang saya serik hendak makan laksa lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan dua mangsa maut akibat keraacunan makanan, manakala lebih sepuluh pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Gerik.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Seri Landak, Kupang Kedah, minggu lalu.

Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status memaklumkan dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa dijual di gerai di Kampung Landak, Kupang.