Replika Rumah Robiah.

Biarpun kehidupannya dan anak tidak seindah insan lain, Robiah Jantan, 56, tabah menanggung segala der*ta demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Bagi ibu kepada empat anak yang berusia antara 15 hingga 18 tahun itu, sejak suaminya menghilangkan diri tiga tahun lalu, segala tanggungjawab dan tugas diambil alihnya walaupun perit melalui ujian terbabit.

“Walaupun pahit, saya sesekali tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku kerana ada anak yang memerlukan kasih sayang.

“Saya bangkit dan kuatkan semangat untuk mencari rezeki bagi memastikan anak tidak berlapar walaupun ada kalanya perlu mengikat perut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Langsat Tanjung Bidara, semalam.

Menurut Robiah, walaupun dia ada menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia tidak cukup selain terpaksa mengambil upah membersihkan surau.

“Dengan upah bulanan RM320 dan bantuan diterima JKM, ianya tidak cukup menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

“Adakalanya kami terpaksa menahan lapar hingga tiga hari kerana tiada wang,” katanya.

Robiah berkata, bagi menghilangkan kerunsingan fikiran disebabkan dihimpit kemiskinan, dia membina replika rumah mini yang diperbuat daripada kayu dan zink terbuang.

“Saya membuat rumah mini bukan hanya untuk mengisi masa lapang, tetapi untuk menenangkan fikiran kerana bimbang jika perkara tidak diingini berlaku sekiranya terlalu berfikir.

“Walaupun pada awalnya rumah mini berkenaan dibuat bukan untuk dijual tetapi demi menampung perbelanjaan harian, saya rela melepaskannya kepada yang berminat,” katanya.

Menurutnya, semua empat rumah mini berkenaan sudah siap sepenuhnya selain turut dicat dan diletakkan perhiasan.

Komen Pengguna FB

Replika Rumah Robiah.

– bgus akak ni..sibukkan diri sbg terapi minda supaya hilang kerungsingan..fikir pun tak guna

– Ya Allah akak cantiknye…suke tengok
Semoga akak diberikan kesihatan yg baik
Dan dimurahkan rezeki membesarkan ank2..
Aamiin3 yra

– Hidupnya susah membesarkan 4 anak selepas suami menghilangkan diri.

– Jom sama sama kongsikan
Agar rezeki lebih kepada kakak ini. Amin…

– Klu kk ni ada modal atau diberi modal blh ia mengusahakn replika rumah2 kampung mcmni sbb ia menimbulkn/mengingatkan kita nostalgia2 lama semasa kecil apabila kita rindu kampung halaman. Itu pndngn sisi sya. Dan kk ni blh kreatifkn lgi replika2 tersebut mnjdikn benar2 unik dn antik.

– Mcm2 cara kita boleh berusaha utk mencari rezeki~mcm ibu ni. Semoga ibu tabah menerima hadiah yg berbentuk ujian ini dari AllahSWT

– Idea kreatif tak semestinya dtg dari org yg bijak pandai ..satu bentuk hobi boleh hilang stress ..biarpun tk la mewah tapi bahagia

Sumber : Metro via CoretanMedia