Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Sebelum ini telah banyak Doktor Amalina bongkarkan ketidak benaran produk-produk kecantikan yang ada di Malaysia. Kerana kelantangan Dr Amalina Ini juga ramai pengusaha kecantikan yang tidak berpuas hati dengannya.

Kini, sudah ramai pakar perubatan yang bertauliah bersuara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai implikasi pengambilan suplemen tersebut. Tambah parah apabila golongan selebriti juga turut menjadi duta dalam mempromosikan produk kesihatan ini.

Dr Amalina juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa selebriti yang berkongsi mempromosikan produk tanpa usul periksa seperti Datul Seri Siti Nurhaliza dan Elfira Loy.

Siti Nurhaliza juga mendapat komen telus dari Dr Amalina

Dia berasa amat kecewa dengan tindakan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana mempromosikan air minuman jenama i-mizu yang dikatakan dapat menjadi panawar kepada 150 jenis peny4kit. Katanya, dia begitu meminati Datuk Seri Siti dan tidak menyangka sama sekali bahawa penyanyi ini juga terlibat dalam kes begini.

Kali ini, giliran Safiey Illias pula meny3rang Dr Amalina tapi dapat dipatahkan dengan respon yang agak mencuit hati.

Komen Safiey Illias tentang Dr Amalina dan Respon dari Dr Amalina

Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Latar Belakang Pencapaian Dr Amalina

Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Antara pencapaian terbaiknya di sana adalah:

– MPhil/PhD, Translational Medicine and Therapeutics (University of Cambridge) 2017

– Master of Philosophy (MPhil), Medical Clinical Sciences/Graduate Medical Studies (University of Cambridge) 2015

– Harvard Sub-Internship Programme, Medical Elective, Maternal Fetal Medicine, Gynecology Oncology and Surgical Oncology (Harvard Medical School) 2013

– BMedSc Pharmacology (Hons) with Industrial Experience (The University of Edinburgh) 2010

– BMedSc Pharmacology (Hons), ERASMUS Exchange (Universiteit Leiden / Leiden University) 2010

Komen Netizen yang menyer4ng Safiey Illias

Doktor Amalina juga mengalu-alukan mereka yang tidak berpuas hati berdebat sekiranya tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan.

Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Sememangnya pengambilan produk ‘sains palsu’ yang tidak terjamin keberkesanannya secara klinikal amatlah berbahaya, ikhtiar dengan akal bukan dengan membabi buta. Kerana tindakan anda yang obses dengan kecantikan boleh mengakibatkan komplikasi masalah penyakit kr0nik yang sangat bah4ya antaranya sakit buah pinggang, k4nser dan macam-macam lagi.

‘Saya tak pernah sebut atau condemn produk puan’ – Dr Amalina balas kenyataan Shahida Dherbs

Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Sebelum ini, isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memuat naik komen balas terhadap netizen yang di Instagram miliknya yang dipercayai ditujukan kepada Dr Nur Amalina Che Bakri.

@putehsyawal “Ni kalau Dr Amalina tahu pasni haaa kuar la artikel dalam IG Stori dia habab.”

@shahidadherbs “ya dia berjaya sebab dia bijak tapi tak bermakna sebab dia bijak dia boleh c0ndemn orang. Setiap orang Allah bagi kelebihan berbeza-beza kan. Apa pun dengan herba-herba nenek moyang kita berapa ramai orang yang dah sembuh dengan asbab niat kerana Allah.”

Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Komen itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kemudian ‘menyampaikan’ kepada Dr Amalina yang memberikan respon berikut:

“Salam puan, ada orang tagged saya di sini. Jadi, saya terpanggil untuk membuat kenyataan.

“Saya memberi nasihat perubatan kepada semua orang berdasarkan kapasiti saya sebagai seorang doktor dan apa yang saya belajar. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor untuk memberi maklumat sebenar.

“Saya tidak pernah pun menyebut produk puan atau suami puan. Ramai lagi doktor lain yang memberi nasihat yang sama cuma tidak menjadi viral di media sosial.

“Saya mengatakan fakta benar berdasarkan kajian yang dijalankan bertahun-tahun. Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah. Berani kerana benar, takut kerana salah.

“Saya tak pernah pun condemn produk puan. Saya cuma mahu rakyat Malaysia berhati-hati dan mendapat nasihat doktor dulu sebelum membeli apa-apa produk. Sudah ada banyak produk di pasaran (walaupun dikatakan ada kelulusan KKM) yang telah merosakkan organ dalaman.

“@rafidah72, pakar sakit pinggang adalah antara specialist yang mengendali ramai pesakit sebegini. Kami mahu rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang sihat, itu sahaja permintaan kami kerana kami para doktor yang merawat pesakit-pesakit ini.

“Saya doakan yang baik-baik sahaja dan semoga dimurahkan rezeki. Selamat menjalani ibadah umrah. Terima kasih,” katanya.

Respon dari Dr Amalina ini pernah buatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Sementara itu di media sosial, netizen menyokong kenyataan Dr Amalina dan dalam masa yang sama kesal dengan kenyataan pihak berkenaan yang seperti tidak boleh ditegur dan begitu juga dengan pengikut tegar mereka.

“Aku dah perhati lama dah. Keluarga itu tidak boleh ditegur, nanti melenting. Samalah dengan dia punya pengikut, semuanya nak betul,” kata Aiman Izhari.

Sudahnya Dr Amalina tinggalkan Twitter, kecewa rakyat Malaysia belum sedia ubah minda

Dr Nur Amalina Che Bakri mengejutkan pengikutnya di Twitter apabila membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia media sosial.

Dr Amalina memberi alasan bahawa beliau mahu memberi tumpuan kepada latihan surgikal dan dunia akademiknya.

“Pengikut yang dihormati, saya telah memikirkan perkara ini banyak kali dan saya membuat keputusan untuk berehat seketika dari Twitter.

“Saya mahu fokus kepada latihan pakar saya dalam pembedahan umum, matlamat kerja dan juga Doktor Falsafah (PhD) serta dunia akademik saya,” katanya dalam satu bebenang di Twitter, malam Selasa.

Bagaimanapun Dr Amalina yang bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di United Kingdom (UK) berkata beliau turut kecewa dengan pemikiran dan sikap rakyat Malaysia.

Posting Dr Amalina membuatkan netizen terkejut mengenai keputusannya itu.

“Mungkin beberapa rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk perubahan minda ke arah positif dan berdaya maju dan ya, saya harus katakan bahawa saya kecewa.

“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan apa yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

Tambah Dr Amalina lagi, beliau menerima banyak kecaman meskipun cuba berbuat baik kepada orang lain.

“Ia tahun 2019 tetapi masih ada banyak troll, kebncian dan sikap ngatif apabila awak cuba berbuat baik kepada orang lain.

“Niat saya hanya untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan kepada umum orang ramai berdasarkan keupayaan saya sebagai seorang doktor,” katanya.

Pada masa sama, Dr Amalina turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menghargai bakat dan juga ilmu pengetahuannya.

Dr Amalina bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di UK. Foto Instagram Dr Amalina.

“Anda masih ada ramai doktor hebat di Twitter yang boleh bantu anda. Roma tidak didirikan dalam satu hari. Salam penuh kasih sayang,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Dr Amalina mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil pendekatan sama terhadap akaun Instagramnya, Dr Amalina berkata beliau akan aktif di platform media sosial itu.

“Ya saya akan (memuat naik gambar di Instagram), kebanyakannya hanya hal peribadi dan aktiviti harian saya,” kata beliau.

Dapatkan nasihat doktor yang bertauliah bukan dari penjual yang hanya mengejar keuntungan.

Sumber dari mStar