Sayu Hati Anak Melihat Ibu Sendiri Digilis Lori Depan Mata Lepas Selesai Urusan Tabung Haji

Siapa sangka, saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni…

Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah, 18, apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian jam 1.20 tengah hari semalam.

Menurut Harian Metro, Zulfianshah dan ibunya, Halilah Mat Musa, 53, baru saja selesai urusan di pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut Dalam.

Ketika mendekati lokasi kejadian, Zulfianshah yang menunggang motosikal Modenas Jaguh dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Pahang itu berada di lorong kiri. Dia kemudian masuk ke lorong kanan kerana cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari susur Institut Jantung Negara (IJN).

Disebabkan itu, motosikal ditunggang berg3sel dengan lori menyebabkan kedua-duanya terjatuh. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya,

“Ketika motosikal itu mengelak masuk ke lorong kanan, kenderaan itu bergesel dengan lori menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh sebelum wanita itu digilis lori yang tidak berhenti dan meneruskan perjalanan sejurus kejadian.

Halilah disahkan maaut di lokasi kejadian akibat p@rah di kepala makakala Zulfianshah hanya cedera ringan. Namun, suasana bertukar menjadi pilu apabila anak muda itu tidak dapat menahan hiba ketika duduk di sisi j3nazah ibunya.

Orang awam yang melihat Zulfianshah menangis dan tidak dapat kawal perasaan cuba mententeramkannya. Yela, siapa tak sedih kalau jadi depan mata….

Pihak polis meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat.

“Pemandu kereta dan lori terbabit dalam kejadian juga diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1)(C) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Sumber dari MawarBerduri