“Selamat tinggal kenangan, dengan senyum aku lepaskan kau pergi,” – Wira Pulau Warisan dapat Anugerah Wira Darul Iman

Menggunakan nama pena sebagai Pok Rok, laman Facebook wira itu menjadi perhatian ramai setelah berita mengenai tindakan berani yang dilakukan pemuda itu bagi menyelamatkan m4ngsa dalam pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu mendapat liputan meluas.

Status yang dimuat naik 5 Disember lalu, ‘selamat tinggal kenangan dengan senyum aku lepaskan kau pergi’ seolah-olah menggambarkan pemuda itu telah mengetahui apa yang bakal terjadi kepada dirinya.

Selain itu, pemuda itu juga pernah menyatakan hasrat untuk duduk dalam kalangan orang-orang beriman ketika menjawab pertanyaan rakannya menerusi media sosial.

“Selamat tinggal kenangan, dengan senyum aku lepaskan kau pergi,” - Wira Pulau Warisan dapat Anugerah Wira Darul Iman

Walaupun mungkin dianggap sebagai satu jenaka, jawapan spontan itu meninggalkan kesan mendalam kepada individu yang mengenali Abdul Bari.

Malah, wira itu disifatkan sebagai seorang yang suka bergurau, agak nakal dan suka menolong.

Abdul Bari bercita-cita maati syahid. Ahli keluarga dan rakan terdekat turut berkongsi antara hasrat Abdul Bari untuk syahid.

“Selamat tinggal kenangan, dengan senyum aku lepaskan kau pergi,” - Wira Pulau Warisan dapat Anugerah Wira Darul Iman

Perkongsian oleh Tengku Nadia Tengku Ahmad turut menceritakan bahawa Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk syahid 14 tahun lalu, ketika masih di bangku sekolah.

Selain Tengku Nadia, bapa saudara Abdul Bari yang menggunakan nama pena Pok Kob juga meluahkan perkara yang sama.

Katanya, beliau pernah berbual bersama Allahyarham dan beliau menyatakan hasrat untuk syahid di jalan ALLAH SWT.

Kerajaan negeri Terengganu pula mengotakan janjinya untuk memberi anugerah Wira Darul Iman kepada Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. dan lima lagi individu yang sanggup berk0rban demi menyelamatkan lima sekeluarga dalam tr4gedi kenderaan terjunam ke dalam sungai Terengganu di Pulau Warisan di sini Jumaat lalu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengumumkan perkara itu berkata, anugerah itu akan diberikan kepada mereka berkenaan pada malam perasmian Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu di Stadium Negeri di sini, 22 Februari ini.

Beliau memberitahu, anugerah tersebut berupa sijil penghargaan serta insentif kewangan kepada kesemua enam individu terlibat sebagai penghargaan khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan besar mereka menyelamatkan nyawa lima sekeluarga dalam kejadian itu.

Mereka ialah Allahyarham Abdul Bari Asyraf, 31, Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28; Saiful Anuar Mohd., 37; Mohd. Amiro Hafizol Zukafli, 29; Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Shahrul Mizan Harun, 34.

“Mesyuarat EXCO Kerajaan negeri sebentar tadi membincangkan perkara ini dan telahpun bersetuju memberi anugerah Wira Darul Iman kepada Allahyarham Abdul Bari dan juga lima lagi individu yang turut sama membantu selamatkan manggsa.

“Mereka akan terima sijil penghargaan serta insentif kewangan namun Allah¥arham Abdul Bari akan dapat lebih insentif berbanding yang lain. Apa yang kita laksanakan ini dengan sendirinya akan jadi contoh dan dorongan kepada orang lain untuk membantu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri juga akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan di Pulau Warisan bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang pada masa akan datang.

Katanya antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan termasuk meletakkan papan tanda amaran keselamatan dan benteng penahan di kawasan tebing.

“Kita juga akan bina tandas awam berikutan banyak rungutan dan maklum balas daripada orang ramai yang terpaksa menumpang di kedai-kedai berhampiran (untuk menggunakan kemudahan tandas),” katanya.

Doa ibu bapa, sikap baik Abdul Bari asbab ALLAH angkat darjat

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid), Aizi Saidi Abd Aziz berkata, Allahyarham Abdul Bari Asyraf merupakan seorang pemuda yang wajar dicontohi atas sifat mulia dan terpuji dimiliki arwah.

“Harap selepas dia (Abdul Bari Asyraf) pergi, akan wujud lebih ramai orang lain yang akan mencontohi dia yang sanggup membantu orang dalam kesusahan. Kita lihat hati arw4h ada sikap mahu menolong.

“Dia m@ti ketika buat kebaikan, bukan maksiat, itu satu kemuliaan yang tinggi. Dari segi amalan, itu antara dia dengan ALLAH SWT, pada zahirnya kita lihat dia buat benda baik yang harus dicontohi semua.

“Ustaz tengok video (kejadian), ramai yang bercakap banyak tapi tidak ada tindakan. Patut ada keberanian (macam Allahy4rham), kita mahu orang-orang seperti dis,” katanya ketika mengulas kem4tian Abdul Bari Asyraf yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Ditanya sama ada wujud doa atau amalan tertentu diamalkan Allahyarh4m sehingga darjat diangkat ketika kemattiannya, Aizi Saidi tidak menolak kemungkinan doa daripada ibu bapa turut memainkan peranan.

“Mungkin ada doa ibu bapa dia, itu tidak dinafikan, mungkinlah sebab ia bergantung kepada amalan.

“Kalau bukan kebaikan daripada dia, tidak terdetik pun dia nak tolong orang masa itu. Bila kebaikan sudah jadi darah daging dia, maknanya dia rasa bersalah tak tolong.

“Kita nak orang lain ambil contoh iktibar dari kejadian ini, bila ada yang memerlukan pertolongan mudah kita nak hulurkan bantuan,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima manggsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

May4t Abdul Bari Ashraf ditemui di muka kuala tanjung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi m4ngsa dipercayai lema5.

Masuk hari ketiga pemergian bekas pelajar SMK Bukit Besar ini, warganet menyerbu akaun Facebooknya untuk menbaca status akhir yang dimuat naik Abdul Bari.

Dalam kejadian cukup tr4gik kira-kira pukul 9.45 malam itu, Abdul Bari Asyraf adalah antara enam individu yang bertindak nekad terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan lima sekeluarga setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan.

Lima sekeluarga yang berjaya diselamatkan itu ialah Suryati Rusly, 37, Nordiana Alwani Jaafar, 33, Asmaa Rusly, 23, Shafawani Jaafar, 11, dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd. Amiruddin yang berumur tiga tahun. – UTUSAN ONLINE dan GPSBestari