Selepas keluar lokap, kini Papagomo naik kereta pula dengan seseorang yang istimewa.

EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membuat laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa membuat laporan palsu terhadap dirinya.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, tengah hari tadi.

Wan Muhammad Azri menyifatkan insiden kononnya beliau menyerang Syed Saddiq selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu lalu, sebagai perselisihan faham.

Katanya, dia juga berasa dikhianati kerana niat baiknya untuk menyelamatkan menteri itu daripada diserang sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) disalahertikan.

“Niat saya untuk menyelamatkan beliau daripada diserang penyokong BN kerana memasuki kawasan lawan, namun ia disalahertikan hingga Syed Saddiq membuat laporan kononnya saya menyerang dengan mencekak lehernya.

Selepas keluar lokap, kini Papagomo naik kereta pula dengan seseorang yang istimewa.

“Tindakannya itu menyebabkan saya ditahan polis selama tiga hari.

“Saya buat laporan kerana masyarakat berhak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu, di sini, hari ini.

Terdahulu, polis mengesahkan akan menyerahkan kertas siasatan kes blogger berkenaan yang dikatakan menyerang Syed Saddiq kepada Timbalan Pendakwa Raya, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, dilaporkan berkata pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum meneruskan siasatan atau proses pendakwaan.

Katanya, polis menjangka langkah susulan berhubung isu berbangkit boleh diketahui esok.

Hari ini Sir Azri atau lebih dikenali dengan nama Papagomo, menaiki sebuah kereta bersama Najib Razak. Sir Azri sempat meminta pandangan dan nasihat dari Najib atau lebih dikenali sebagai Bossku untuk semua pengikut-pengikut beliau. Dengarkan apa kata boss ku

VIDEO: Live with Bossku

Berikut reaksi dari pengikut Sir Azri:

“dato kalau bn dapat jadi kerjaan PRU15 dato jadi PM jangan telalu baik sagat macam dulu tolong la…”

“Datuk seri Najib nanti datang ke kampung saya palong7-8 negeri sembilan saya nk datuk seri Najib tengok orang yang susah semakin susah orang senang kekal di tahap tu…ni ke yang kerajaan balas dekat rakyat…mohon datuk seri Najib tekankan benda ni”

“Wslm sir nampak Bossku Dato Seri spt tak cukup tidur dan rehat termasuk sir juga. Bwk keduanya berehat dahulu kita tak mau kesihatan anda berdua terjejas Slm jumaat Sir dan Bossku”

Sumber dari Ujya