Setelah KJ Menyalahkan Kedua Pihak Berikutan Insiden Di Semenyih, Ini Respond ‘Sempoi’ Big Boss Najib Terhadap Anak Buahnya Papagomo

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan insiden serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam, adalah kesalahan kedua-dua pihak.

Beliau berkata, serangan yang dilakukan penyokong Barisan Nasional (BN) dan menghamburkan kata-kata kesat adalah tidak wajar, namun tindakan Syed Saddiq juga seolah-olah cuba mencetuskan provokasi.

Menurutnya, beliau menyedari berlaku insiden serangan ketika berada di dalam kenderaan untuk pulang selepas proses penamaan calon selesai, tetapi hanya mengetahui insiden itu membabitkan Syed Saddiq dan penyokong BN selepas dimaklumkan rakan parti.

“Saya lihat video kejadian dan tanya rakan yang berada di situ ketika kejadian, memang apa dibuat segelintir penyokong BN dengan menjerit kata-kata kesat terhadap menteri memang tidak patut. Kita seharusnya mengamalkan etika politik yang tinggi.

“Apabila ini berlaku (serangan terhadap menteri) dalam apa jua keadaan ia tidak boleh dipertahankan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Bagaimanapun, Khairy berkata, tindakan menteri itu juga dilihat seolah-olah provokasi kerana menggunakan laluan dikhaskan kepada penyokong BN dan Parti Sosialis Malaysia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita sudah diberitahu awal oleh SPR dan polis ada dua laluan penyokong iaitu untuk penyokong Pakatan Harapan (PH) dan satu lagi laluan untuk penyokong BN dikongsi parti sosialis, dua tempat berbeza supaya boleh berarak ke pusat penamaan calon dari arah berbeza.

“Dua laluan diberi SPR itu untuk elak lalu kawasan parti lawan tetapi dia (Syed Saddiq) lalu juga, itu provokasi dan tidak mengikut saranan SPR,” katanya.

Semalam, tular video suasana kecoh di kawasan penamaan calon di Dewan Seri Cempaka apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dikerumuni penyokong BN.

Malah, susulan kejadian itu, Syed Saddiq turut membuat satu laporan di Balai Polis Kajang sebelum membuat laporan susulan di Balai Polis Sungai Way, 2 petang.

Syed Saddiq mendakwa dicaci dan dimaki sekumpulan penyokong yang memakai baju BN ketika berjalan ke tempat letak kenderaan pada 11.05 pagi selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih.

Raja Troll Najib Razak Respond Sir Azri, Papagomo Melalui Entri Terbarunya:

Siapa ada gambar atau klip video yang tunjuk Wan Muhammad Azri (atau dikenali sebagai Papagomo) telah cekik Syed Saddiq?

Yang saya pernah tengok hanya gambar Azri peluk bahu.dia.

Ramai saksi ada di sana semalam. Tentu adanya gambar dan video yang lebih jelas.

“Sudah-sudahlah bersandiwara..”- Pemuda Umno beritahu Syed Saddiq

Pemuda Umno menasihati Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhenti daripada bersandiwara berhubung dakwaan dikasari dan diugut blogger kontroversi Papagomo di pusat penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih, semalam.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata sandiwara Syed Saddiq makin terserlah apabila mendakwa Papagomo yang juga exco Pemuda Umno mencekak lehernya ketika beliau melalui kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul.

Setelah KJ Menyalahkan Kedua Pihak Berikutan Insiden Di Semenyih, Ini Respond ‘Sempoi’ Big Boss Najib Terhadap Anak Buahnya Papagomo

“Saya sendiri berhubung terus dengan Sir Azri (Papagomo) untuk dapatkan penjelasan beliau.

“Beliau memaklumkan kepada saya hanya memegang bahu YB Syed seraya berkata ‘Kau ini bodoh bro!’, untuk mengelakkan daripada beliau diapa-apakan setelah secara sengaja masuk melalui kawasan BN yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya menerusi kiriman Facebook.

Semalam, tular sebuah klip video memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih.

Menteri belia dan sukan itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way selepas didakwa dikasari dan diugut Papagomo.

“Saya tidak tahu apa niat Papagomo yang tiba-tiba mencekak bahagian belakang leher saya dengan kuat ketika saya bersama 3 lagi rakan hendak meninggalkan pusat penamaan calon PRK Semenyih,” katanya.

Asyraf menambah, Syed Saddiq tidak mengikut arahan keselamatan dan “zoning” SPR serta menipu laporan polis.

“YB Syed Saddiq harus sedar Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan denda RM2,000 atau/dan penjara 6 bulan sekiranya disabitkan kesalahan.

“Ini boleh menyebabkan kelayakan YB selaku ahli Parlimen Muar gugur,” katanya.

Sumber: FMT