“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

Anggota Bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecem4san (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan mennggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Pemergiannya amat mengejutkan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa agar anggota bomba ini terselamat walaupun masalah paru-parunya semakin krtikal sebelum ini.

Muhammad Adib telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN bagi pemantauan rapi.

Semua rakyat Malaysia meratapi pemergian Adib. Tidak ketinggalan sahabat Allahyarhm, Azizul Asri juga turut meluahkan perasaan.

Menerusi satu posting yang mula tular di laman Facebook, Azizul Asri, 23, meluahkan kesedihn mengenai nasib yang menimba bekas rakan sekerjanya itu.

Al Fatihah Tenang lah kau di Sana Sahabat Muhammad Adib semua kenangan kita saya akan simpan sampai bila bila, Semua orang terasa atas pemergian Mu. Semua Tanya Pasal Kau Semua Orang Post Pasal kau Semoga kau di tempatkan dalam kalangan Orang Beriman Sahabat , Siapa Yang Tak sakit Hati bila kita pergi Menyelamat Tapi? Allahu .

Beliau juga berkongsi kenangan gambar bersama Allahyrham.

“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

Jejaka yang berasal dari Tawau, Sabah itu berkata, dia sudah tiga tahun mengenali Adib dan baru sahaja berhenti kerja sebagai anggota bomba, baru-baru ini.

Menurut Azizul, dia terkejut sewaktu menerima perkhabaran mengenai Adib sewaktu bangun tidur.

“Saya dapat berita, ada orang balai yang beritahu. Saya memang terkejut. Saya juga ada hubungi rakan untuk mencari kesahihan berita berkenaan.

“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

“Memang sedih, kalau saya tak berhenti kerja, mungkin saya pun akan bertugas sekali dengan dia pada malam kejadian,” ujar Azizul sewaktu dihubungi mStar Online.

Menurut Azizul, dia menamatkan perkhidmatan sebagai anggota bomba di Balai Bomba Subang Jaya, Selangor pada 13 November lalu dan kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Senai, Johor.

“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

“Hari tu sebelum saya berpindah, kami ada pergi mandi-manda di kawasan air terjun di Ulu Yam. Ada raikan sikit sebab saya dah nak tukar kerja.

“Kami pun ada janji nak mandi-manda lagi kalau ada kesempatan lain kali, kalau saya pergi melawat mereka di Selangor.

‘Senyuman Adib pasti dirindui’ – Rakan

“KAMI akan teruskan perjuangan kamu (Adib) dalam memberikan khidmat kepada masyarakat,” kata Mohamad Khairul Nizam Mohd Fauzi, 25, rakan setugas Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mohamad Khairul berkata, pemergian Muhammad Adib adalah kehilangan besar bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kerana beliau disifatkan seperti ‘sebutir permata’.

“Saya harap keluarga Adib tabah menghadapi dugaan ini. Kami menghargai setiap jasa dicurahkan Adib ketika menjalankan tugasnya dan akan meneruskan perjuangan beliau dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

“Saya terkilan sebab tidak dapat pergi ke urusan pengbumian dia di Kedah kerana perlu berada di balai untuk bersedia jika menerima panggilan kecemsan di Subang,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, hari ini.

Menurut Mohamad Khairul, Adib seorang yang pemalu, baik, jujur serta banyak bertanya dan berkongsi pengalamannya dalam setiap operasi disertainya.

“Sepanjang mengenali Adib sejak dia mula bertugas pada 2015, Adib seorang yang sangat pendiam apabila berada di sekeliling individu tidak dikenali. Namun sebaik mengenali dengan lebih rapat, dia akan berkongsi cerita dan pengalamannya.

“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

“Malah, rakaman menunjukkan dia menyambut sambutan hari lahir pada 28 Mei lalu di balai bomba ini yang tular, hari ini, menunjukkan dia amat disenangi rakan sekerja,” katanya.

Katanya, dia ada melihat gambar kad jemputan majlis perkahwinan Muhammad Adib bersama tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi yang tular di media sosial, sejak semalam.

“Melihat kad jemputan itu, saya teringat Adib pernah menjemput kami (rakan setugas) ke majlis perkahwinannya di Kedah sebelum ini. Namun, saya tidak sempat menerima kad jemputan itu sebelum ternampak gambar berkenaan tular di media sosial.

“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

“Dia ada meminta saya datang ke majlis itu, namun saya memaklumkan lebih awal kemungkinan tidak dapat hadir kerana perlu bertugas dan Adib memahami perkara itu,” katanya.

Bekas rakan serumah Muhammad Adib, Muhamad Ikhwan Che Mohd Daroh, 25, berkata, senyuman Adib akan sentiasa dalam ingatannya.

“Dia seorang yang pemalu dan kurang bercakap. Setiap kali saya bertemu Adib, saya akan tegur dan bergurau dengannya.

“Saya suka melihat telatah Adib ketika kami bergurau. Malah, dia seorang yang ambil berat terhadap rakan setugas terutama ketika kami masih tinggal serumah,” katanya yang turut bertugas di BBP Subang Jaya.

Katanya, dia amat sedih dengan pemergian Muhammad Adib kerana hubungan mereka yang rapat memandangkan mereka mula bertugas di balai bomba berkenaan pada masa yang sama.

“Siapa Yang Tak Sak!t Hati. Kita Pergi Menyelamat Tapi?” -Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

Sementara itu, detik gembira Muhammad Adib menyambut hari kelahirannya pada 28 Mei lalu tular di media sosial apabila video berdurasi 18 saat terbabit dikongsikan pengguna Instagram, @friendsofbombamalaysia, hari ini.

Dalam video terbabit, Allahyarham Muhammad Adib kelihatan ceria ketika menyambut hari kelahirannya selain kedengaran beberapa rakannya yang mengusik beliau termasuk meminta anggota bomba itu memotong kek segera bagi membolehkan mereka menjamahnya tanpa rasa bersalah.

Allahyrham kelihatan malu ketika memotong kek itu, namun sempat mengukir senyuman dan memberi tanda isyarat ‘baik’.

Sumber dari mStar