Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Biarpun status yang dipegangnya itu bersifat agung, Tunku Tun tak pernah sekalipun menggunakan ia sebagai alasan untuk hidup mewah senantiasa. Tak semestinya seorang puteri perlu menggunakan khidmat profesional sepanjang masa seperti yang kita selalu bayangkan.

Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya selepas menerima komen negatif kerana tidak memakai tudung.

Bercakap kepada pemberita buat pertama kali selepas abangnya mempertahankannya daripada kritikan negatif di media sosial baru-baru ini berkata, Tunku Aminah berkata beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.

Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah.”Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat,” kata puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

”Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini,” katanya.Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama SPCA Johor Baru di sebuah hotel di sini.

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.

“Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira,” katanya.

Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku Aminah berkata, pada mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai.

“Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung.

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

“Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.

“Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial,” katanya.

Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya itu dengan berkata Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.

Perkara Menarik Tentang Tunku Tun Aminah

Tapi rasanya ramai yang masih tidak tahu siapa sebenarnya Tunku Tun Aminah.

1. Puteri tunggal dalam keluarga

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 8 April 1986 merupakan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”.

2. Pencinta haiwan

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Tunku Aminah merupakan pecinta haiwan, antaranya kucing, harimau dan ular. Beliau juga telah merancang untuk merubah wajah serta mempertingkatkan infrasturktur Zoo Johor.

3. Minat melukis & fesyen

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Tunku Aminah merupakan penaung Johor Design Association, sebuah persatuan yang diwujudkan khusus untuk anak Johor yang berbakat dalam bidang fesyen. Beliaa mewarisi bakat ibunya yang suka melukis.

4. Mengakui lebih rapat & manja dengan Ayahanda

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Namun ianya bukan satu tiket besar untuk Tunku Inah mendapatkan apa yang diingini dengan mudah. Ada perminataan yang tidak ditunaikan oleh Paduka Ayahandanya.

5. Mempunyai produk kecantikkan

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Beliau juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” by Tunku Aminah. “Luvins” adalah berasal daripada perkataan “Luv Ina”.

6. Peminat tegar coffee

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

7. Sangat sukakan kasut & beg tangan

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Lihat saja koleksi yang dimiliki oleh Tunku Inah, memang boleh buat ramai wanita diluar sana menangis.

8. Suka bertinju

Kekandanya TMJ pernah ditegur Ayahanda Sultan Johor kerana sering mengajak Tunku Aminah bergusti. Bila ditegur Ayahanda Sultan, barulah Tunku Aminah mula berpakaian feminin. Boleh tahan lasak.

9. Mempunyai limo berwarna PINK

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

10. Tunku Aminah berpengalaman meyertai Kembara Mahkota Johor

Tak Tahan Disoal Kerana Tidak Memakai Tudung, Tunku Aminah Akhirnya Buat Tindakan Yang Mengejutkan

Tunku Inah pernah melalui pengalaman tidur berhimpit beralaskan tilam bersama keluarganya sewaktu bermalam di rumah penduduk kampung yang dilawatinya. Pengalaman tersebut menimbulkan rasa keinsafan dalam diri Tunku Aminah.