Tolak sogokan berjumlah RM100,000, empat anggota polis terima penghargaan atas integriti tertinggi.

Integriti merupakan satu nilai amalan yang amat penting bagi sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem penyampaian perkhidmatan sesuatu organisasi.

Situasi ini juga tidak terkecuali kepada sektor perkhidmatan awam Malaysia terutamanya dalam agensi penguatkuasaan undang-undang negara seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai sebuah pasukan keselamatan negara, PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan nilai integriti dalam kalangan anggota polis demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara.

Berkhidmat sebagai anggota polis sudah semestinya berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah masyarakat.

Kalau tidak berpegang teguh kepada pendirian, pasti ‘termakan’ pujuk rayu individu yang melakukan kesalahan.

Namun, empat anggota polis daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman ini ternyata mempunyai integriti dengan menolak cubaan sogokan wang berjumlah RM100,000.

Tolak sogokan berjumlah RM100,000, empat anggota polis terima penghargaan atas integriti tertinggi.

Koperal Kamal Bahrin Abu, Koperal Rezazazwan Abdul Wahab, Koperal Muhamad Fitri Al’ Hakim Safee dan Koperal Ahmad Asri Abd Rashid diberikan penghargaan sempena Hari Peringatan Polis Ke-212.

Tolak sogokan berjumlah RM100,000, empat anggota polis terima penghargaan atas integriti tertinggi.

Mereka masing-masing menerima surat penghargaan yang disampaikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur hari ini.

Mengimbau kembali kejadian, Muhamad Fitri Al’ Hakim berkata, ia berlaku pada 2 Oktober tahun lalu apabila dia bersama Koperal Rezazazwan membuat rondaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Tolak sogokan berjumlah RM100,000, empat anggota polis terima penghargaan atas integriti tertinggi.

“Ketika melakukan rondaan, saya melihat sebuah kereta jenis Mercedes Benz dipandu laju sebelum memeriksa nombor pendaftaran yang digunakan.

Tolak sogokan berjumlah RM100,000, empat anggota polis terima penghargaan atas integriti tertinggi.

“Pemeriksaan mendapati warna kenderaan yang berdaftar adalah warna hitam namun kereta yang saya lihat berwarna kelabu.

“Selepas menahan kenderaan terbabit, seorang pemandu lelaki cuba merasuah dengan menghulurkan wang sebanyak RM300,” katanya.

Tolak sogokan berjumlah RM100,000, empat anggota polis terima penghargaan atas integriti tertinggi.

Tambahnya, dia menolak tawaran tersebut dan meminta untuk melakukan pemeriksaan di bahagian but belakang kenderaan lelaki terbabit.

“Pemeriksaan kemudian menemui sejumlah dadah dan lelaki berkenaan cuba sekali lagi menyogok wang, kali ini berjumlah RM100,000.

“Saya kemudian meminta bantuan rakan yang turut ditawarkan sogokan dengan nilai yang sama.

Tolak sogokan berjumlah RM100,000, empat anggota polis terima penghargaan atas integriti tertinggi.

“Kami semua menolak sogokan berkenaan dan menahan lelaki terbabit sebelum dijatuhkan hukuman.

“Tugas kami bukan mudah, bagaimanapun saya percaya dengan semangat kerja berpasukan dan integriti kami dapat melakukan tugas dengan baik,” ujarnya.

Sejarah sudah membuktikan kemusnahan sesuatu bangsa atau negara berpunca daripada kereputan akhlak pentadbir dan penguasa.

Ia jelas terbukti dengan sejarah keruntuhan tamadun Islam di Andalusia, India dan Turki berpunca antara lainnya, daripada gaya hidup yang mementingkan kemewahan, keseronokan dan kekuasaan.

Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Melaka selepas kematian Tun Perak, antara lain disebabkan oleh kemerosotan akhlak pegawainya yang boros, mementingkan keuntungan diri, mengejar kemewahan, memperagakan kekayaan, sombong dan mengabaikan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat.

Dengan peruntukan kuasa undang-undang yang luas, PDRM sebagai sebuah agensi penguat kuasa utama yang bertanggungjawab mengenai keselamatan dan ketenteraman awam, hendaklah berkhidmat berlandaskan etika kerja dan integriti yang tinggi. Setiap tingkah laku hendaklah berasaskan kepada nilai murni yang diperaku dan diterjemahkan melalui Kod Etika PDRM.

Sumber dari Berita Harian