Video : Insiden memalukan bila Lim Kit Siang dihalau pengundi Cameron Highlands

Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai taraf kerakyatan Orang Asli amat memalukan dan seolah-olah memperkecilkan mereka.

Janjinya untuk membantu Orang Asli mendapatkan taraf kewarganegaraan membuktikan bahawa DAP selama ini tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu akan masyarakat itu.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan Lim Kit Siang apakah selama ini Penasihat DAP itu menganggap masyarakat Orang Asli di negara ini cuma berstatus Penduduk Tetap (PR) yang diberikan oleh kerajaan.

Walhal, kata Ahli Parlimen Bera itu, Orang Asli merupakan masyarakat bumiputera yang cukup istimewa.

“Termenung saya seketika bila membaca satu kenyataan ringkas melalui twitter milik Lim Kit Siang yang kononnya peka dan berhasrat jika Pakatan Harapan menang di Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 Januari ini nanti akan mengusulkan supaya Orang Asli diberikan taraf kerakyatan penuh Malaysia.

“Untuk pendidikan mereka (Orang Asli), kerajaan menyediakan biasiswa penuh kepada Orang Asli. Bukan sahaja sekolah percuma, malah mereka dibekalkan dengan pakaian lengkap persekolahan percuma dan mereka mendapat duit poket dari kerajaan dan lain-lain keistimewaan.

“Apakah secetek itu pemikiran seorang Ahli Parlimen yang paling lama berada dalam Dewan Rakyat ini?,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jangan disangkan orang asli tidak mempunyai pengetahuan. Sebelum ini Lim Kit Siang tebal muka apabila dikecam dalam sebuah restoran dan akhirnya beliau serta singa-singanya melarikan diri akibat kecaman tersebut

terbaru sekali lagi Lim Kit Siang di malukan ketika beliau hadir bersama-sama pengkiutnya untuk meminta ‘sedekah ‘daripada orang asli. tetapi malangnya beliau di kecam dan di halau secara terang-terangan

Video Kejadian

dalam video diatas kedengaran pengundi menjerit berambus lu!! namun Lim Kit Siang masih lagi bercakap menggunakan pembesar suara.

Sekali lagi kedengaran suara di tempat tersebut tak guna lu tak boleh jadi pemimpin . Blah la lu jangan mimpi nak jadi pemimpin

jeritan hidup BN juga kedengaran di warung tersebut. Tak tahan jeritan pengunjung-pengunjung di warung tersebut akhirnya Lim Kit Siang sekali lagi malu dan akhirnya tinggalkan kumpulan berkenaan

ANTARA KOMEN NETIZEN

Video : Insiden memalukan bila Lim Kit Siang dihalau pengundi Cameron Highlands

komen netizen video Lim Kit Siang dihalau

Video : Insiden memalukan bila Lim Kit Siang dihalau pengundi Cameron Highlands

Pengerusi Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Batin Norya Abas berkata, kenyataan itu juga amat mengecewakan memandangkan masyarakat Orang Asli telah lama diiktiraf sebagai warganegara dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya, kenyataan itu jga memperlihatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu tidak memahami masyarakat Orang Asli.

“Apa masalahnya? Rasanya dia bermimpi sebab dari segi Perlembagaan sememangnya Orang Asli adalah warganegara bukan separuh warganegara.

“Malah mengikut Perlembagaan Malaysia dalam senarai warganegara, Orang Asli berada pada kedudukan teratas diikuti oleh orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Seorang pemimpin masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Ruil di Tanah Rata, Bah Long Siang Bah Abu, 46, berkata, kenyataan Kit Siang itu mengarut dan tidak sepatutnya ditimbulkan.

Katanya, sebagai individu yang sudah lama terlibat dalam politik, Kit Siang sepatutnya tahu kedudukan Orang Asli dari segi Perlembagaan.

“Apakah Kit Siang fikir selama ini kami Orang Asli ini sebagai pendatang? Bagi saya ini bertujuan memancing undi sahaja, jadi kepada Orang Asli janganlah percaya apa yang dikatakan oleh Kit Siang,” katanya.

Wahai Kit Siang Orang Asli sudah warganegara penuh Malaysia, sindir Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan veteran DAP, Lim Kit Siang terus membuat beliau terhibur dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya, kenyataan terbaharu Kit Siang pada sebelah pagi tadi yang berjanji akan mewujudkan blueprint supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang di Cameron Highlands.

Menurutnya, Kit Siang perlu sedar masyarakat Orang Asli memang sudah warganegara penuh Malaysia.

“Oleh itu, calon BN ialah Orang Asli anak tempatan.

“Kalau masih tidak puas hati, Kit Siang perlu membuat laporan kepada SPR bahawa BN telah letak seorang bukan warganegara Malaysia sebagai calon Ahli Parlimen kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kit Siang hari ini berjanji mengadakan perbincangan dengan wakil Orang Asli untuk mendraf blueprint bagi hak kamuniti tersebut jika PH memenangi PRK Cameron Highlands.

Katanya, beliau terkejut kekurangan infrastruktur seperti rangkaiam jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, pendidikan, kesihatan dan perubatan bagi Orang Asli selepas bermalam di Kampung Dayuk, Pos Lenjang.

Mengulas lanjut, Najib berkata, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu perlu sedar PH kini telah menjadi kerajaan negara dan blueprint boleh dilakukan tanpa halangan.

“Nak buat yellowprint, redprint atau greenprint pun boleh. Kalau PH benar-benar ikhlas untuk menghasilkan blueprint untuk Orang Asli, mereka patut buat sebelum PRK ini dan juga patut buat tanpa mengambil kira PH menang PRK atau tidak.

“Ataupun MenHEN (menteri hal ehwal Najib) ini sedang ugut Orang Asli bahawa PH tidak akan menjaga kaum tersebut dan orang asli tidak akan lagi bertaraf warganegara penuh jika PH kalah PRK?” soalnya.