Video rakaman ‘hantu’ seakan menangis di sebuah sekolah di Langkawi tular. Tengok sampai habis. Polis pun tak bolehbuat apa

Hanya dua pengawal keselamatan sekolah dikenal pasti bertanggungjawab merakam video tersebut melalui telefon bimbit mereka.

SEBUAH klip video menunjukkan kejadian seram waktu malam yang berlaku di sebuah sekolah di Kuah, Langkawi tular di media sosial.

Dalam klip video berdurasi 2 minit 23 saat, kedengaran suara seorang perempuan sedang meraung dan menangis seolah-oleh meminta pertolongan.

Menurut  Ketua Polis Daerah Langkawi ketika dihubungi melalui telefon petang tadi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihak polis telah pun dimaklumkan oleh pihak sekolah tersebut di mana kejadian tersebut berlaku dua hari lepas.

Menurutnya, pengawal sekolah telah dipanggil untuk ditemu bual pihak polis.

Hanya dua pengawal keselamatan sekolah dikenal pasti bertanggungjawab merakam video tersebut melalui telefon bimbit mereka.

Namun, menurut Iqbal sehingga kini tiada siasatan lanjutan dilakukan kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai mistik.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya satu ‘prank’ yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Walaubagaimanapun semasa ditemu bual polis, kedua-dua pengawal keselamatan terbabit mengatakan rakaman tersebut adalah rakaman tulen tiada suntingan yang dilakukan.

Namun, kedua-duanya sebenarnya tidak berhasrat untuk menakut-nakutkan sesiapa, namun ianya berlaku secara tidak sengaja apabila ditularkan oleh adik dari salah seorang pengawal tersebut.

View image on Twitter

Astro AWANI

@501Awani


Video ‘hantu’ di sebuah sekolah di Langkawi tular

Sumber: Astro Awani

Video Penunggang Motor Diikuti Pocong Bikin Gempak Dan Seram

Video rakaman ‘hantu’ seakan menangis di sebuah sekolah di Langkawi tular. Tengok sampai habis. Polis pun tak bolehbuat apa

Pernah dengar tentang hantu pocong? Saya pasti setiap pembaca pastinya pernah mendengar mengenai hantu pocong dan kenal akan rupa bentuk hantu pocong ini. Hantu pocong adalah hantu yang paling menakutkan dan yang paling menyeramkan bagi sebahagian besar orang.

Baru-baru ini, satu daerah di Indonesia digemparkan dengan aksi Pocong yang dapat dirakamkan melalui rakaman video CCTV.

Dalam aksi rakaman tersebut, didapati pocong itu mengekori seorang pemuda yang sedang menunggang motorsikal untuk pulang setelah lewat malam.

Aksi yang dirakamkan itu, mulanya kelihatan seperti biasa, sehinggalah betul-betul di amati barulah boleh kelihatan sosok pocong tersebut.

Walaupun sebentar, tetapi kepada sesiapa yang diikut pulang oleh sosok pocong tersebut, boleh membuatkan anda tidak tidur malam.

Penampakan kelibat hantu jenis ini akan mengingatkan kita terhadap gambaran kematian pada masa yang akan datang. Mati itu pasti dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui bila masanya kita akan dijemput pergi menghadap Ilahi.

Yang pastinya, apabila mati kelak kita akan dikafankan dengan kain putih seperti pocong. Tetapi persoalannya di sini bagaimanakah hantu pocong boleh muncul? Adakah ia kerana sewaktu dikebumikan si mati ini terlupa dibukakan tali pocongnya sehingga si mati tadi menjelma sebagai hantu untuk meminta tolong orang melepaskan tali tersebut? Namun tidak semua kes adalah seperti itu.

Gambaran pocong adalah sangat pelbagai. Dikatakan, pocong memiliki wajah berwarnah hijau dengan mata yang kosong. gambaran lain menyatakan, pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dengan wajah putih pucat. Mereka yang percaya akan adanya hantu ini beranggapan, pocong merupakan bentuk protes dari si mati yang terlupa dibuka ikatan kafannya sebelum kuburnya ditutup.

Meskipun pocong dalam film sering digambarkan bergerak melompat-lompat, mitos tentang pocongk malah menyatakan pocong bergerak melayang-layang. Hal ini boleh dimaklumi, sebab di filem-filem pemeran pocong tidak boleh menggerakkan kakinya sehingga berjalannya harus melompat-lompat.

Keadaan ini pula yang menimbulkan suatu pernyataan yang biasa digunakan untuk membezakan pocong asli dan pocong palsu dimasyarakat.

Kepercayaan akan adanya hantu pocong hanya berkembang di Indonesia, terutama di Jawa dan Sumatera. Walaupun penggambarannya mengikuti tradisi muslim, umat beragama lain pun ternyata dapat mengakui kewujudan hantu ini.

Menurut kepercayaan masyarakat, hanya ada 2 cara untuk melepaskan diri bila dikejar oleh pocong.

Cara pertama adalah bersetubuh dengan bumi atau yang biasa disebut tiarap.

Cara kedua adalah jalan berkelok-kelok sepertinya cacing. Kedua-dua cara ini diyakini sangat berkesan oleh masyarakat diberbagai daerah.

Pocong sering kali mewarnai cerpen atau roman bertema misteri. Dalam sinema nasional Indonesia bergenre horor, pocong bahkan sering kali dihadirkan. Beberapa bahkan menggunakannya sebagai tajuk.

Kepercayaan akan susuk yang satu ini membawanya hadir ke dalam skrin lebar. Film yang sudah dikeluarkan menggunakan sosok ini diantaranya “pocong” pada tahun 2005, “pocong 2″ pada tahun 2006, “pocong 3″ pada tahun 2007, dan 40 Hari Bangkitnya pocong.

Sumber: Saluran6