Wanita India Mangsa Keb4karan Menangis Setelah Dibantu Bomba. Bila Ditanya, Jawapannya Amat Meruntun Jiwa

Kisah pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim Isnin lalu selepas bertarung 21 hari di hospital meruntun hati rakyat seluruh negara.

Apakan tidak, berkhidmat untuk membantu masyarakat tetapi menerima akibat dari perbuatan sebilangan yang tidak bertanggungjawab dalam kes yang mwngemparkan negara tempohari.

Terkesan daripada kes tetsebut, seorang mangsa kebakaran di Kampung Pendamar Fasa II pagi semalam menangis teresak-esak memohon maaf kepada pasukan Bomba yang hadir membantu kebakaran di rumahnya.

Melihat kesungguhan anggota Bomba dan Penyelamat yang meredah api demi menyelamatkan saudaranya yang masih terperangkap di dalam rumah mereka, wanita itu tidak dapat menahan air matanya.

Wanita India Mangsa Keb4karan Menangis Setelah Dibantu Bomba. Bila Ditanya, Jawapannya Amat Meruntun Jiwa

Berikut perkongsian penuh di Facebook Rakan Bomba Malaysia mengenai kejadian tersebut:

“Encik, kami minta maaf pasal bomba Adib, kami minta maaf,” rayu seorang makcik India sambil menangis teresak-esak.

Beliau begitu tersentuh melihat kesungguhan dan keikhlasan pasukan bomba yang bekerja keras memadam kebakaran yang hampir meranapkan rumahnya.

Lebih meruntun hati wanita itu apabila menyaksikan sendiri anggota bomba sanggup membahayakan nyawa masuk ke dalam rumah yang sedang marak dijilat api semata-mata untuk menyelamatkan saudara perempuannya, seorang warga emas kurang upaya.

Semakin lama, tangisan beliau makin kuat dan mengharukan. Jiran-jiran yang berkerumun di situ turut merasa tempias emosi kesedihannya. Riak wajahnya jelas menggambarkan kekesalan atas apa yang telah berlaku.

“Tak apa kak, jangan sedih. Kakak tak bersalah dalam hal ni,” pujuk seorang anggota bomba bertugas bagi menenangkan keadaan.

Nyatalah keikhlasan dan ketulusan budi bisa mematahkan dan menghancur luluhkan sebuah keegoan dan kebencian. Kasih sayang mula berputik dan mahabbah pun berbunga.

Teruskan berbakti sahabatku, biar jasa jadi kenangan” itulah kata-kata yang dipetik di laman fb mereka.

Bertugas sebagai ahli Bomba bukanlah semudah yang disangka, disini admin kongsikan beberapa peristiwa onak dan ranjau yang sempat dirakam sepanjang pasukan Bomba bertugas :