Wanita Ini Dedahkan Bibit-bibit Perkenalan Oksana Voevodina Dengan Tuanku Sultan Muhammad V

Agong letak jawatan: Rakyat terkejut, tertanya-tanya

Rakyat terkejut dengan keputusan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan pastinya tertanya-tanya apakah punca baginda mengambil keputusan sedemikian.

Begitupun, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tidak mungkin rakyat dapat mengetahui punca sebenar baginda meletakkan jawatan.

“Mestilah menimbulkan tanda tanya (Agong meletak jawatan). Ini kali pertama dalam sejarah negara kita Yang di-Pertuan Agong tidak menghabiskan tempoh pemerintahan baginda.

“Yang lain itu maksudnya mangkat ketika ketika menjawat jawatan tapi ini meletakkan jawatan dalam tempoh perkhidmatan, ini kali pertama.

“Sudah tentu rakyat nak tahu sebabnya tapi mungkin kita tidak akan dapat tahu sebabnya yang sebenar. Khabar angin mungkin ada tapi mengetahui sebabnya secara rasmi, saya fikir tidak mungkin,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Kok Seong tidak menolak kemungkinan pendedahan perbelanjaan Istana Negara dan penularan gambar kahwin Sultan Muhammad mungkin mempengaruhi keputusan baginda.

“Nak kata tiada pun, kemungkinan itu ada. Dua tiga hari lepas pun ada orang bercakap Yang di-Pertuan Agong nak letak jawatan. Orang kata khabar angin tapi hari ini dah jadi kenyataan.

“Sebelum ini, Kadir Jasin buat, itu bukan khabar angin sebab beliau ada beri bukti, menularkan satu akaun. Yang berkahwin itu pula, pihak istana tidak pernah nafikannya dan tidak mengiyakannya.

“Maksudnya pihak istana berdiam diri sahaja. Jadi, tanda tanya itu semakin kuat,” ujarnya.

Tambah beliau, sebagai anak Kelantan, beliau mengakui berasa sedih dengan keputusan Sultan Muhammad dan beliau percaya ramai anak Kelantan lain turut berkongsi perasaan sedih bersamanya.

“Bila Yang di-Pertuan Agong datang dari Kelantan, kami rasa bangga. Kelantan walaupun miskin dari ekonomi tapi Kelantan dapat sumbang sesuatu dalam bentuk Yang di-Pertuan Agong dari negeri ini.

“Saya rasa semua rakyat Kelantan sedih dengan keputusan ini. Baginda telah menjalankan tugas dengan baik, yang penting tiada kontroversi apa pun semasa baginda memerintah.

“Baginda juga dilihat sebagai satu simbol Islam, jadi rakyat terkejut besar dengan keputusan ini,” jelasnya.

Sultan Muhammad meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa semalam seperti diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui kenyataan media Istana Negara.

Cerita-cerita Tentang Perkahwinan

Selepas heboh mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina di Rusia, pada 22 November yang lalu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana bibit-bibit cinta perkenalan pasangan ini bermula.

Wanita Ini Dedahkan Bibit-bibit Perkenalan Oksana Voevodina Dengan Tuanku Sultan Muhammad V

Siapa sangka, Oksana Vevodina, gadis cantik ini berjaya meluluhkan hati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad Vyang di khabarkan sudah melangsungkan perkahwinanan di Rusia, semalam.

Menurut sumber dari Re.ru, Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, ketika itu dia merupakan pelajar di Fakulti Perniagaan di magistracy Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia. Lebih membanggakan, Oksana Voevodina memenangi gelaran Miss Moscow 2015 yang berlangsung pada 9 Jun 2015. Oksana menjadi yang pertama di kalangan 32 peserta metropolitan.

Kali Pertama Bertemu Di Eropah

Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail.co.uk, Pengarah Pertandingan Ratu Cantik Rusia, Tatiana Andreeva, berkata pasangan itu bertemu di Eropah ketika Oksana dipilih untuk menjadi model mempromosikan jam tangan elit di sana.

” Seperti mana yang yang diketahui. Oksana merupakan seorang model dan hal ini mebuatkan beliau kerap ke luar negara untuk urusan kerja dan akhirnya dia bertemu Sultan Muhammad V 18 bulan lalu di Eropah.

“Ketika pameran jam tangan mewah itu berlangsung, Oksana ditugaskan untuk berdiri di sebelah poster dan mengiklankan barang-barang itu” – katanya

Wanita Ini Dedahkan Bibit-bibit Perkenalan Oksana Voevodina Dengan Tuanku Sultan Muhammad V

Tatiana menambah, Ibu bapa Oksana hadir di majlis perkahwinan dan sangat menyokong anak perempuan mereka dalam segala hal. Oksana memilih nama Muslim Rihana dan gambarnya berhijab telah tersebar di laman yang Twitter.

Biodata penuh Oksana Voevodina.

Oksana Voevodina – Gadis dengan senyuman cantik menawan dan merupakan seorang yang pintar ini telah memenangi pertandingan “Miss Moscow 2015” Pada tahun 2015 lalu.

Pertandingan ratu cantik itu telah diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” diambil dari tajuk lagu yang terkenal di Rusia. Pada peringkat akhir pertandingan terdapat 32 peserta, tetapi Oksana melayakkan diri dan menjadi pemenang pertandingan berprestij itu.

Dalam ucapan ringkas Oksana, dia berterima kasih kepada semua yang membantunya hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya. Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang menyertai pertandingan ratu cantik di Rusia pada 2015.

Gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan kecantikan dan kercerdikan yang dimiliki olehnya.

Wanita Ini Dedahkan Bibit-bibit Perkenalan Oksana Voevodina Dengan Tuanku Sultan Muhammad V

Pelajar berusia 22 tahun ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90, dan ketinggian 170 cm. Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana Voevodina bekerja dengan agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia. Sejak usia muda, majalah fesyen antarabangsa dihiasai dengan foto gadis cantik ini.

Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, ketika itu dia merupakan pelajar di Fakulti Perniagaan di magistracy Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia. Miss Moscow 2015 ini juga mempelajari bahasa Inggeris kerana sangat petah dalam penggunaan bahasa itu.

Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi, dia juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka.

Wanita Ini Dedahkan Bibit-bibit Perkenalan Oksana Voevodina Dengan Tuanku Sultan Muhammad V

Impian Oksana adalah untuk mencipta koleksi fesyen dengan jenamanya yang tersendiri serta bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai televisyen sebagai profesion satu hari nanti.

Menurut laporan www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Voevodina mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Tetamu yang hadir dijamu pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Jika benar perkhabaran ini sahih, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDPA Sultan Muhammad V. Apa yang pasti Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut sehinggalah perletakan jawatan berlaku. Sama-sama kita nantikan. Mana tahu istana di Kelantan akan keluarkan kenyataan nanti.

Sumber dari Hangat.Com dan Iswara.Com