Connect with us

#news

Bersyukur Malaysia P@nas, C0VID-19 Tak Mampu Bertahan Lama Dalam Suhu Tinggi

Published

on

Apabila cuaca panas, memang ramailah yang mula mengeluh kerana tidak tahan dengan bahang cahaya matahari yang terik. Namun sebenarnya jika anda nak tahu, suhu panas itulah yang dapat mengawal gejala virus COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, hasil kajian saintifik yang dijalankan oleh saintis kesihatan Kementerian Kesihatan Singapura, menunjukkan Covid-19 tidak dapat bertahan lama dalam cuaca yang panas.
Ada peluang kurangkan penularan COVID-19
Tambahnya lagi, suhu darjah celcius dapat mengawal penularan COVID-19, kerana berdasarkan pengalaman wabak influenza dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) didapati semakin serius terutama pada musim sejuk.

“Kita tahu virus boleh dibunuh pada suhu tinggi. Influenza, Covid-19 dan epidemik sebelum ini teruk semasa musim sejuk. Apabila suhu naik, penularan (wabak) itu kurang…”

“Kalau lihat di Malaysia di bawah cahaya matahari di kawasan lapang, suhu memang lebih 30 darjah celcius jadi ini peluang untuk kita kurangkan penularan virus sekiranya wabak itu berlaku…”


Belum sampai tahap tutup aircond
Bagaimanapun, Malaysia masih belum sampai ke tahap langkah menutup pendingin hawa bagi mengurangkan risiko jangkitan, akan tetapi cadangan tersebut dapat dipertimbangkan.

“Bagaimanapun, negara kita belum sampai tahap itu lagi, andai kata wabak ini tidak dapat dikawal dan ada penularan dalam kalangan komuniti, ini mungkin satu langkah yang boleh kita pertimbangkan…”

Jadi, bersyukurlah kita di Malaysia ini selalunya bercuaca panas, janganlah lagi merungut sebabkan bermandi peluh. Kalau boleh, lepas ini gunakan kipas sahaja.

Sumber : Sinar

Continue Reading

Trending

Shares