Connect with us

#vvip

“Biarlah Orang Nak Mengata Aku Kerja Kilang, Asal Tak Menge mis Duit Mak Bapak”.

Salam, nama aku Along, seorang lelaki lepasan SPM yang kini berusia 22 tahun. Rasa terpanggil mahu berkongsi pengalaman aku lepas aku terbaca confession awek yang kerja sebagai jurujual di sebuah kedai telefon.

Aku setuju dengan apa yang dia cuba sampaikan sebab aku juga tergolong di dalam kelompok yang bekerja 12 jam sehari. Bezanya dia kerja di dalam mall, manakala aku bekerja di dalam kilang.

Ye kilang, kerja yang ramai membuatkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana memandang rendah pada aku. Mereka tidak cakap terus pada aku, tetapi dari riak muka dan gaya percakapan mereka, aku boleh tahu persepsi mereka pada aku. Tetapi, sebagai seorang lelaki yang positif, aku memang tidak mahu ambil port pasal orang-orang tua ini.

Yang aku mahu kongsikan adalah pasal stigma masyarakat kita, ramai yang ingat kerja kilang ini kerja yang teruk, tiada kelas, selayaknya untuk bangla saja. Tidak perlu ambil contoh jauh-jauh, kawan-kawan aku sendirilah, bila aku balk lewat selalu kata-kata perli itu timbul.

“Dah macam bangla dah ko ni, pergi kerja gelap balik kerja pun gelap’

Aku senyum saja sebab aku tahu kerja aku macam mana. Mereka sibuk kutuk aku tetapi mereka masih duduk di rumah tidak bekerja sebab terlampau memilih kerana mahu menjaga air muka. Melepak sana sini pakai duit KWSP mak yang baru keluar. Puiihh!

Biar aku kerja teruk tiada mengapa, asalkan aku tidak mengemis duit mak bapak. Cukuplah sudah 17 tahun mereka menyara aku, biarlah aku pula yang keluar bekerja mencari duit belanja aku sendiri dari hari-hari duduk meminta duit untuk melepak ke hulu ke hilir.

Lagi satu sudah kerja kilang ini normal bagi aku kalau kena OT pada hari Ahad dan ini pun jadi satu isu dikalangan kawan-kawan aku.. Hahaha.. Mereka tidak tahu ke OT pada hari Ahad ini lebih masyuk berbanding dengan hari-hari yang lain? Dapat tambah duit poket, sebulan tidak lari RM2,500 kalau gaji asas kau RM1,200. Siapa mahu bagi?

Aku membebel ini bukannya aku mahu menceritakan pasal gaji atau mengutuk kawan-kawan aku, tetapi bagi aku, majoriti anak muda memang mahu memilih kerja. Mahu kerja waktu pejabat sahaja, Sabtu Ahad haram untuk mereka bekerja.

Masa untuk melepak katanya. Ye lah, aku faham, siapa yang tidak mahu kalau dapat kerja yang selesa maca itu. Tetapi sebelum kau dapat kerja yang kau idam-idamkan itu, ko cubalah pergi kerja di tempat lain. Masuk kilang-kilang besar dan kau akan faham kenapa.

Lagi satu, ko ingat yang kerja kilang ini semua jadi operator ke? Aku tidak mahulah sentuh pasal jenis kerja aku. Tetapi, alhamdulillah sekarang aku sudah bekerja dan gembira sebab tidak perlu mengemis duit dari mak bapak. Semuanya atas usaha aku sendiri.

Jelas sekali inilah realiti dalam masyarakat kita seperti apa yang Along luahkan. Masyarakat kita kini sering memandang rendah dengan pekerja kilang, pekerja dalam sebuah pasaraya sedangkan ia masih merupakan sebuah pekerjaan dan pendapatan dijana itu halal, berkat.

Ubahlah mentaliti dan fahaman sedemikian. Kita semua sama, manusia biasa yang tidak lari pada kesilapan. Semua kerja sama, yang penting halal, barakah. Semoga kita dipermudahkan urusan olehNya in Shaa Allah.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya