Connect with us

#celeb

“Bila Dah Bertudung, Tiada Tawaran Berlakon” – Zila Bakarin Cerita Pihak Produksi Mahukan Imejnya Yang Dahulu

Rosmawati binti Zakarin atau lebih dikenali ramai sebagai Zila Bakarin merupakan pelakon yang selalu memainkan watak antagonist. Beliau mula mengenakan tudung sejak awal November tahun lalu. Netizen yang mengetahui akan perkara itu rata-rata suka dengan perubahannya.

Namun dia meluahkan yang dia tidak lagi ditawarkan untuk berlakon semenjak Februari lalu. Menurut Zila, kebanyakannya mahu menawarkan Zila, memerlukan imej Zila yang dahulu.

Apabila dia memberitahu dirinya sudah mengenakan tudung, pihak produksi tidak mahu menawarkan lagi atas sebab ketidaksuaian dengan imej barunya.

“Sejak saya berhijab Februari lalu saya tiada job. Tawaran yang panggil saya berlakon semua mahu imej saya yang dahulu sesuai dengan watak Zila Bakarin dahulu. Seperti yang semua tahu nama Zila Bakarin terkenal dengan watak antagonis dan pakaiannya.

“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya,” begitulah keluahan Zila Bakarin apabila dia tidak lagi diterima berlakon selepas berhijab.

Walaubagaimanapun, Zila berkata, dia adalah insan yang paling gembira apabila tidak diambil untuk berlakon.

“Tapi terus terang saya cakap , saya manusia paling happy bila mereka tak ambil saya berlakon. Saya rasa macam, tak mengapalah kalau kerana saya pakai tudung mereka tak ambil saya berlakon, bagi saya okay je la.”

“Yang saya gembira kerana saya boleh terima keadaan yang mereka reject saya, saya terima dengan hati terbuka. Kalau mereka tak mahu kerana saya pakai tudung, kerana suruhan Allah ni, its okay, teruskan”- katanya

“Percaya dengan rezeki Allah… insyaAllah semuanya akan dipermudahkan,” kongsinya yang mengakui keputusannya untuk berhijab adalah keinsafan diri sendiri dan tiada paksaaan daripada mana-mana pihak. Zila meluahkan bahawa perasaan untuk memakai tudung, terdetik dalam hatinya secara tiba-tiba.

Zila berkata, perkara yang terjadi ini mungkin ada hikmahnya. Malah dia percaya, rezeki yang Allah beri sememangnya melimpah ruah. Zila kini ternyata sangat berasa bahagia dengan penampilan terbarunya ini.

Semoga perjalanan Zila terus dipermudahkan dan semoga terus istiqomah mengenakan hijab terhadap dirinya. In Shaa Allah.

Sumber: MuraiMY

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya