Connect with us

#celeb

“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen

sebak ashraf pandang bunga -777x437

Pemergian Ashraf Sinclair memang mengejutkan ramai. Tanpa menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan, beliau pergi buat selamanya disebabkan oleh serängan jantung. Dalam suasana sedih, Bunga Citra Lestari (BCL) sudah tentunya merupakan insan yang paling terkesan dek kemat1an suami.

Ashraf dikatakan bertemu Bunga Citra lestari (BCL) pada tahun 2007 ketika penyanyi itu mempromosikan albumnya di Malaysia. Sepatutnya Bunga ditemubual oleh salah seorang pengacara program televisyen namun terpaksa digantikan oleh Ashraf yang juga merupakan pelakon baharu ketika itu.

Apa yang lucunya, semasa temubual tersebut Ashraf tersalah menyebut nama BCL sebagai Bunga Cinta Lestari. Gara-gara insiden itu, hubungan mereka menjadi semakin rapat dan dalam diam mereka menjalinkan hubungan jarak jauh antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Baru-baru ini sebuah video telah dimuatnaik di Instagram menunjukkan betapa mendalamnya cinta Ashraf pada Bunga yang ketika itu sedang berduka. Tatapan Ashraf yang penuh kasih sayang itu membuatkan ramai netizen terharu dan sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BCL Noah Ashraf Sinclair (@bclsinclairnoahashraf) on

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Ashraf Sinclair. Ini antara komen-komen netizen:

😢😢😢😢😢tatapan a bang asraf penuh cinta semoga khusnul khotimah 🙏🙏😢 

Tatapan penuh cinta dan kasih

Kelihatan sekali Alm Ashraf sangat sayang dan cinta pada mba bunga .Alfatihah utk Almarhum Ashraf

yaa allah tatapan mata suaminyaa😭😭😭😭 penuh cinta dan penuh haru..ga nyangka beberapa thn kemudian istrinya hrs ke tempat ini untuk memakamkan sang suaminy

Pandangannya terhadap BCL penuh pengertian, sungguh empati…

bunga ashraf

Selepas lebih sebulan menyepikan diri daripada membuat sebarang posting di laman sosial sejak pemergian Ashraf, BCL akhirnya muncul dengan entri terbaharu pada ulang tahun kelahirannya.

Terdahulu, Ashraf men1nggal dunia ak1bat serangän jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.

Allahyarhäm telah dikebum1kan di kompleks pemakamän San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarhäm meninggalkan seorang bälu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya