PRN Melaka 2021 : BN cipta kejutan dengan kemenangan besar, namun jumlah kerusi di peroleh PN, PH tarik perhatian ramai orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh umum Barisan Nasional (BN) menang 15 kerusi dan berjaya memperolehi majoriti 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan

RASMI: Sah! BN tawan Melaka, proses penjumlahan undi masih berlangsung

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan sekurang-kurangnya mendapat 15 kerusi DUN majoriti mudah.
Bagaimanapun, angka itu dijangka bertambah selepas proses penjumlahan rasmi undi dimuktamadkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media hari ini.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 9.42 malan, BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi dari 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini telah berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Dengan jumlah kerusi yang dimenangi itu, mereka berjaya membentuk kerajaan negeri dengan kekuatan sendiri, sekali gus memberi tamparan kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Di DUN Tanjung Bidara, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menumpaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin mewakili PN.

Rauf menang selepas memperoleh 3,559 undi mengatasi calon pencabar terdekat dari PN itu, yang memperoleh 3,195 undi, sementara PH, 489 undi.

Calon Ketua Menteri dari BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di DUN Lendu dengan majoriti 3,104 undi apabila menerima 4,486 undi.

Beliau menewaskan calon PN Abdullah Mahadi yang mendapat 1,382 undi, manakala calon PH Mohamad Asri Ibrahim meraih 1,155 undi

Berikut kenyataan rasmi Najib Razak selepas kemenangan besar BN di Melaka

Sejak PRU14, beberapa siri pilihan raya telah diadakan.

Cameron Highlands. Semenyih. Rantau. Tanjung Piai. Kimanis. Chini. Slim.

Dan kini Melaka.

Satu pilihan raya yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan terpaksa dibuat.

Terpaksa kerana PH berkomplot dengan 4 ADUN untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri.

Rakyat telah bersuara dan membuat pilihan.

Rakyat juga telah menghantar mesej jelas.

Pencapaian harus DIUTAMAKAN.

Janji wajib DITEPATI.

Katak-katak politik tidak diterima sama sekali.

Rakyat mahukan Kestabilan demi KEMAKMURAN.

Satu pilihan raya yang agak sukar juga bagi Barisan Nasional.

Kita berkempen atas 3 perkara

1. janji manifesto
2. rekod pembangunan dan pencapaian
3. pengurusan ekonomi

Kita berdepan dengan serang bertubi-tubi dan fitnah-fitnah daripada lawan.

Strategi dan skrip lama PRU14 diulang.

Tetapi rancangan dan halatuju pembangunan mereka tidak jelas dan tidak ada kredibiliti.

Akhirnya, rakyat membuat penilaian sama ada mereka yakin terhadap BN, PH atau PPBM.

Rakyat memilih Kestabilan demi KEMAKMURAN.

Kepada semua rakyat negeri Melaka, terima kasih.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memimpin dan berkhidmat untuk saudara-saudari.

Saya yakin Melaka bawah pimpinan Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali akan bertambah baik, stabil dan makmur.

Berganding bahu dengan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan.

Saya juga ingin menambah di sini bahawa rakyat boleh berpegang kepada janji manifesto BN Melaka dan kita sama-sama usahakannya.

Kepada ADUN-ADUN Barisan Nasional dan kepimpinan kerajaan negeri Melaka, mandat telah diberikan oleh rakyat.

Buat sehabis baik, tunaikan janji BN dan laksanakan urus tadbir yang cemerlang di Melaka.

Kita tiada masa untuk dibazirkan.

Melaka telah banyak ketinggalan sejak PRU14 dan kita perlu kembalikan Melaka ke landasan pembangunan.

Melaka juga perlukan pemulihan ekonomi dan urus tadbir kebajikan rakyat yang lebih baik.

We have work to do. No time to waste.

Menang atau kalah, di seluruh Melaka, Barisan Nasional tetap berkhidmat untuk rakyat.

Semua pemimpin dan calon BN akan bertemu dengan rakyat di kawasan masing-masing menyampaikan penghargaan atas sokongan dalam Pilihan Raya Negeri ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional, komponen-komponen dan para penyokong yang telah berusaha berkempen untuk kemenangan rakyat ini.

Tahniah kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan atas kemenangan BN di Melaka

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada akar umbi PAS di Melaka yang turut memberikan sokongan kepada kita atas dasar dan semangat Muafakat Nasional di kawasan-kawasan tertentu.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi halatuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli kita semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan Muafakat Nasional dan hanya mahukan yang terbaik.

Persaudaraan yang terjalin atas semangat perjuangan dan keikhlasan tidak akan terputus.

Barisan Nasional, genggamlah dengan erat mandat rakyat ini.

Perkukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kita.

Ayuh kita berjuang dan membela rakyat!

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

Kestabilan Demi KEMAKMURAN!

PRN Melaka : BN menang besar, tapi jumlah kerusi di menangi PN, PH tarik perhatian ramai

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.