Suhaimi Saad Didakwa Hina Kematian Bapa, Keluarga Tekad Buat Laporan Polis Dan Ambil Tindakan

Seorang wanita kecewa apabila ayah angkatnya yang meninggal dunia kelmarin ‘disambut baik’ oleh seorang penyanyi nasyid dipercayai Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai Mosus.

Menerusi satu tangkap layar posting, Nur Farina Abdullah berkongsi di Facebook menunjukkan bekas anggota kumpulan InTeam berkenaan bersyukur selepas pemergian arwah bapa angkat wanita tersebut iaitu Zulkefli Nordin.

“Allahuakhbar. Air mata kami anak² dan ibu bukan mengalir kerana Allah ambil abah tapi sedih, kecewa dan geram dengan macam² cerita dan fitnah yang sudah dilemparkan pada arwah abah kami.

“Kami simpan segala bukti dan tunggu kami bertenang untuk berfikir secara waras,” tulis Nur Farina.

Allahuakhbar.Air Mata Kami Anak² Dan Ibu Bukan Mengalir Kerana Allah Ambil Abah Tapi Sedih, Kecewa Dan Geram Dengan…

Posted by Nur Farina Binti Abdullah on Sunday, July 11, 2021

Tangkap layar itu menunjukkan respond Mosus ke atas satu posting Allahyarham Zulkefli yang bercerita tentang kesan sampingan vaksin seperti peningkatan selera makan selepas disuntik dengan vaksin AstraZeneca pada 13 Jun yang lalu.

“Dia dah mati. Alhamdulillah. Allah bayar cash. Kalau Allah bayar cara hutang, lagi berat,” tulis Mosus.

Masih Basah Kubur Abah Kami..Takde Simpati Ke?

Seorang lagi wanita yang dipercayai anak arwah, Ain T-ant, turut menegur sikap dan tindakan penyanyi berusia 41 tahun tersebut yang seolah-olah tidak sensitif dan menhormati pemergian seseorang.

Menurut Ain T-ant, tuduhan bapanya yang meninggal dunia akibat vaksin adalah sangat tidak berasas dan memohon penyanyi berkenaan tidak menyebarkan fahaman tertentu secara ‘membabi buta’.

“Masih basah lg kubur abah kami.. Takde ke simpati pd kami sekeluarga wahai saudara Islam ku..? Saya cuba menahan emosi dari post.. Tapi maaf saya gagal..Saya percaya abah saya tiada hutang dengan kamu apa lg kenal dgn kamu..

“Kami kenal dia..Kami tau baik buruk dia..Siapa kita nak menghukum..Tuduhan dia meninggal sbb vaksin ni amat berat..Tlg jgn libatkan abah kami dgn sebaran fahaman tuan..Cukupla apa yg tjadi pada kami,” kata Ain T-ant.

Suhaimi Saad Didakwa Hina Kematian Bapa, Keluarga Tekad Buat Laporan Polis Dan Ambil Tindakan

Laporan polis dah dibuat dan anti-vaksin masih ganggu keluarga kami..

Selain itu, terdapat juga kenyataan yang tersebar di Twitter @amaaawesome dari seorang lagi anak Allahyarham Zulkefli yang mengatakan bahawa keluarga mereka telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, punca sebenar kematian arwah ayah mereka belum dapat dipastikan. Menurut Nur Farina, arwah dijemput Ilahi akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Tetapi pada masa yang sama, mereka kelihatan dapat menguruskan jenazah di rumah seperti biasa.

“Akibat Dari ᴄᴏᴠɪᴅ-19”

Suhaimi Saad Didakwa Hina Kematian Bapa, Keluarga Tekad Buat Laporan Polis Dan Ambil Tindakan

“Disahkan Bebas ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Selepas Tempoh 21 Hari”

Suhaimi Saad Didakwa Hina Kematian Bapa, Keluarga Tekad Buat Laporan Polis Dan Ambil Tindakan

Mungkin berlaku sedikit kekeliruan, sekali gus menyebabkan golongan anti-vaksin mengambil kesempatan untuk menyebarkan ideologi mereka! Semoga ada penjelasan lebih lanjut dari kedua belah pihak.

 

Sumber: Facebook Nur Farina Abdullah & Ain T-ant , Twitter @amaaawesome

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.