Connect with us

#pop

Buat Bentuk Hati Dengan Daun Kering, Cara Pemuda Tukang Sapu Rindukan Keluarga Menyentuh Hati

Setiap benda hidup berhak untuk meluahkan dan menerima perasaan cinta dan kasih terhadap yang tersayang.

Lebih menyedihkan, bila seseorang terpaksa menempuh dugaan realiti dunia, salah satunya berjauhan dengan keluarga tersayang atas hal kerja.

Tetapi apakan daya, itulah realiti pahit harus dilalui mereka yang bekerja jauh demi mencari sesuap rezeki untuk yang dirumah, supaya kehidupan sekeluarga menjadi lebih stabil dan selesa.

Perasaan rindu hanya dapat dihilangkan melalui panggilan suara dan video.

Buat Bentuk Hati Dengan Daun Kering, Cara Pemuda Tukang Sapu Rindukan Keluarga Menyentuh Hati

Baru-baru ini, tular di seluruh platform media sosial yang telah menyentuh hati pelayar internet.

Dilihat melalui gambar itu, seorang individu yang bekerja sebagai tukang sapu membuat bentuk hati dengan menggunakan daun kering. Ianya bukan bertujuan suka-suka.

Apabila mengetahui punca, rupanya tukang sapu yang bekerja di Dubai itu merindui isteri dan anaknya dirumah.

Dikatakan tukang sapu itu akan terbang balik ke pangkuan keluarga tersayang pada bulan depan.

Termenung sambil melihat bentuk hati yang dibuat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata yang melihat gambar itu berasa simpati, sedih dan sayu melihat perbuatan lelaki itu yang terpaksa berjauhan dengan keluarga demi kerja.

Kita sebagai manusia yang mempunyai perasaan kasih sayang, kerapkanlah luangkan masa dengan keluarga, pasangan tersayang.

Ya, benar ada sesetengah pihak akan mengatakan hal demikian remeh-temeh, namun kita tidak pasti bila waktu terakhir kita akan bersua.

Oleh itu, janganlah kita menganggap hal sebegini remeh-temeh kerana perkara ini lumrah bagi kita yang bergelar manusia.

Sumber: Twitter via kec0h habis

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya