Connect with us

#news

Budak Perempuan 24 Jam Terperangkap Bawah Runtuhan Ditemui Masih HlDUP

Menurut laporan Daily Mail, detik-detik menggerunkan ini berlaku ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai masih bernafas namun terperangkap selama 24 jam di bawah runtuhan akibat daripada letupan besar yang meledak di Beirur, Lubnan.

Sewaktu operasi proses pencarian dan menyelamat orang ramai yang di laporkan hilang dan terperangkap di bawah runtuhan ekoran letupan itu di jalankan, rakaman misi menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu muncul dan tvlar di seluruh media sosial.

Hanya bermodalkan lampu suluh, pasukan penyelamat dilihat sedang bertungkus-lumus memunggah sisa runtuhan di sekitar kanak-kanak perempuan itu.

Menurut pihak Daily Mail, media tempatan mengatakan bahawa video yang tular itu adalah video yang dirakam ekoran daripada letupan dahsyat itu.

Dilaporkan, kanak-kanak itu telah terperangkap selama 24 jam (sehari) didalam runtuhan. Susulan daripada peristiwa mengerikan itu, Menteri Kesihatan Lebanon mengatakan bahawa sekitar 135 orang telah dimaklumkan maut dan 5,000 orang cedera.

Namun, angka kematian diramalkan akan meningkat atas sebab masih ramai lagi mangsa yang belum ditemui.

Berikutan itu, kerajaan Lebanon melabelkan Beirut sebagai ‘bandar bencana‘ hanya sebab letupan dahsyat berlaku di kawasan pelabuhan bandar apabila 2,700 tan ammonium nitrat dikatakan terbakar.

Kejadian mengerikan itu mengejutkan seluruh pelusuk dunia. Tetapi, berbagai bantuan telah dihulurkan dari pelbagai negara untuk meringankan beban negara Lebanon.

Semoga semua perkara disana dipermudahkan

 

Sumber: Daily Mail, SK

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya