Connect with us

#celeb

“Bukaan Dah 2cm Dan Sudah Ada Tanda Nak Bersalin” – Bella Tetap Cekal Sambut Hari Lahir Ayden

Bella Astillah, yang merupakan pelakon dan penyanyi nekad mengadakan majlis ulang tahun buat anak sulungnya, Ayden Adrean pada rabu lalu walaupun sedang s4rat mengandung dan telah mengalami tanda-tanda bersalin.

Didi Astillah, adik kepada Bella mengatakan bahawa kakaknya telah diperiksa oleh doktor dan difahankan pintu rahim sudah terbuka 2 sentimeter, sebelum majlis ulang tahun diadakan.

“Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah rasa perut ker4s dan tanda-tanda nak bersalin.”

Pihak mStar menghubungi Didi Astillah untuk pengetahuan lebih lanjut tentang kakaknya.

Beliau berkata: “Doktor beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat birthday Ayden.”

“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdulillah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,”

mStar cuba untuk mengesahkan perkara ini dengan Bella Astillah namun tidak berjaya kerana isteri penyanyi Aliff Aziz itu menutup telefon bimbitnya.

Sementara itu, Didi memberitahu bahawa Bella kini berada di hospital untuk pemeriksaan rapi doktor namun tidak dapat mengesahkan waktu kakaknya akan bersalin.

Kata Didi: “Sekarang Bella ada di hospital untuk buat pemeriksaan biasa. Tapi saya sendiri tak pasti bila dia akan melahirkan anak. Masa Ayden lahir senang sahaja tapi kali ini macam tak ada banyak tanda-tanda sangat.”

“Bella pun sentiasa aktif bergerak ke sana ke sini. Walaupun Aliff jauh di Singapura tapi mereka sentiasa berhubung. Saya nampak macam setiap masa juga mereka on the phone,”

Bella sebelumnya pernah memberi kenyataan bahawa dia akan menyambut zuriat keduanya pada Julai.

Bella dan Alif bakal timang anak perempuan.

Bella dan Aliff sudah disahkan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri ketika dalam waktu idah Julai 2019. Bella dan Aliff Aziz terdahulu cerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff diketahui curang beberapa kali.

Kedua mempelai itu mendirikan rumahtangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan zuriat pertama yang dinamakan Mohd Ayden Adrean.

Sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya