Connect with us

#celeb

Bukan setakat insan susah, kini Ebit Lew bantu Zoo Negara sumbang makanan pada haiwan

Nama Ustaz Ebit Lew rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Insan berhati mulia yang sentiasa melakukan kebaikkan dengan memberikan bantuan kepada golongan susah seharusnya dipuji.

Tindakan pantas beliau dan juga teamnya memberi sinar harapan baru kepada ramai orang.

Pihak Zoo Negara mohon bantuan

Namun begitu, beliau tidak hanya membantu golongan memerlukan sahaja, tetapi turut memberi sumbangan kepada Zoo Negara untuk tujuan menyelamatkan haiwan-haiwan disana.

Tengah hari tadi, beliau telah singgah ke Zoo Negara selepas pihak mereka menghubungi Ebit Lew meminta diberikan sedikit sumbangan makanan untuk haiwan-haiwan kerana mereka sangat kekurangan dana.

Beri makanan buat haiwan

Dalam perkongsian tersebut, beliau memaklumkan bahawa Zoo Negara memerlukan hampir RM1,000,000 sebulan untuk makanan haiwan-haiwan yang terdapat disana.

Terkesan dengan keadaan itu, beliau telah hadir membawa 200kg daging lembu dan 500kg buahan serta sayuran untuk diberi kepada haiwan di Zoo Negara itu.

Mari sama2 bantu Zoo Negara

Pendakwah muda itu  juga baru mengetahui bahawa Zoo Negara hanya dikenalikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) sahaja.

Jadi, Ebit Lew mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada Zoo Negara demi kesejahteraan tempat pelancongan yang amat menarik di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber: Ebit Lew

Continue Reading

Trending