Connect with us

#vvip

“Bukan setiap hari saya tak masak..tapi yang sehari tak masak tulah jadi bahan ungkitan hingga tarik muka tak bertegur sampai berbulan” – Isteri dambakan kebahagiaan

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan semoga sihat hendaknya semua. Terima kasih admin jika luahan hati saya ni disiarkan.

Maaf, saya tak pandai menulis dengan baik. Hal rumahtangga dan mungkin masalah diri sendiri barangkali.

Umur saya sudah dalam awal 40an. Seorang wanita yang sudah berumahtangga dan dikurniakan 4 orang zuriat dari rahim sendiri.

Tahun depan jika diizinkan Allah usia perkahwinan sudah menginjak ke 15 tahun. Alhamdulillah tidak tersangka mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Ujian hidup untuk saya ialah ibu mertua dan suami. Sebelum berkahwin dengan saya suami saya ialah duda beranak 2.

Saya terima dengan reda dan memang langsung saya tak ada masalah dengan status duda beliau ketika itu. Saya menyayangi anak-anak tiri dengan seikhlas hati bagaikan zuriat sendiri.

Suami saya ketika itu pekerja swasta biasa manakala saya kakitangan sektor awam bergred 41. Alhamdulillah kini ekonomi kami semakin baik dan stabil.

Suami baik dan anak-anak tiri juga baik. Namun saya tak sangka rupanya ibu mertua saya sangat queen control dan sangat memandang status dan wang ringgit.

Ibu mertua sudah lama bercerai dengan bapa mertua. Suami mempunyai adik beradik yang lain tetapi suami saya lah yang paling dekat dan paling rapat dengan ibunya.

Tetapi dari segi kewangan, suami saya mungkin yang paling rendah dipandang ibunya berbanding anak yang lain.

Saya? saya bukanlah menantu pujaan hati kerana saya datang dari keluarga biasa. Adik beradik saya semua bekerja biasa-biasa saja bukan pegawai dan bukan orang kaya.

Saya dan suami kerap berg4duh. Sejak awal bernikah lagi. Kerap perang besar. Kadang-kadang puncanya simple saja – tidak masak, tidak lipat kain.

Bukan tiap hari saya tidak masak.. tapi yang sehari tidak masak itu lah yang jadi bahan ungkitan hingga tarik muka dan tidak bertegur sapa sehingga berbulan.

Ye, berbulan. Paling lama kami tidak bertegur sapa ialah 3 bulan. Paling singkat 4 hari. Itu perangai suami saya.

Kalau berg4duh dia mesti pulaukan saya lama. Berpisah tempat tidur dan keluar rumah wangi semerbak sampai tengah malam baru balik. Waktu macam tu segala urusan anak saya tanggung sendiri.

Walaupun saya ada usaha untuk berbaik dan meminta maaf tetapi dia tetap dengan angin dia tu. Kalau bertengkar dia mesti maki hamun saya.

Pernah kena tampar dan kepala saya ditunjal. Saya menyampah bila dia marah saya sampai macam tu sekali dan mendera emosi saya cuma punca yang remeh.

Berbalik kepada hal ibu mertua tadi. Umur 70an. Bekas wanita berkerjaya dan terpelajar ketika beliau muda.

Ibu mertua memang control anak-anaknya. Pelik pulak sampai anak-anak tu macam dah hilang pertimbangan bila nak menuruti setiap arahan ibu mereka.

Bayangkan, setiap kali hari raya adilfitri dan hari raya korban semua anak-anaknya wajib beraya dengan beliau dulu pada raya pertama.

Kalau macam saya ni tunggulah raya ketiga atau keempat baru lah merasa balik kampung saya. Itupun semua saudara mara saya dah balik ke rumah masing-masing atau bertukar giliran ke rumah mertua mereka pula.

Dah lama saya tak berjumpa semua saudara mara. Ibu mertua saya juga kuat cemburu bila anak-anak melebihkan isteri masing-masing.

Walapun dari sudut nafkah zahir yang menjadi tanggungjawab suami kepada isteri. Nak mesra-mesra depan dia apalagi muncung lah jawabnya.

Mood suami akan berubah secara tiba-tiba kalau mak dia ada dengan kami.

Kadang-kadang rasa pelik. Tengah mood ok dan mesra-mesra dia boleh tiba-tiba moody dan berangin tanpa sebab berhari-hari (obviously bukan salah saya lah). Dulu ibu mertua tinggal seorang diri di rumah dia.

Dia tak ada masalah duit sebab memang dia berduit. Tapi kononya t4kut dia minta kami tinggal dengan dia tapi bersyarat.

Syaratnya saya kena buat loan dan beli rumah dia tu. Bayaran bulanan saya lah yang bayar sebab loan saya. Kami masuk rumah tu katanya tak perlu bawa apa-apa tapi dia nak duduk bilik utama dan kami di bilik belakang kat dapur.

Sebab dia reserve bilik yang lain yang lebih selesa untuk anak-anaknya lain kalau mereka pulang bercuti. Saya tolak. Saya cakap kat suami saya tak mahu. Ok, terselamatlah saya dari itu. Suami memang t4kut kalau kehendak ibunya tak dituruti.

Sebab ibunya akan meng4muk dan menyump4h anak-anaknya dengan perkataan ‘kau anak derh4ka’ kalau kehendaknya tak dipatuhi.

Jadinya belilah kami sebuah rumah yang jaraknya dalam 700 meter saja dari rumah ibu mertua. Saya sangat suka rumah tu. Anak-anak juga.

Tapi ibu mertua tetap t4kut. Saya pelik kenapa dia t4kut sedangkan kalau nak tahu dia seorang yang sangat berani.

Dia dah banyak kali ke luar negara seorang diri dalam usia tua macam tu. Melancong dan pernah berbulan-bulan tinggal di Qatar duduk hostel. Dia boleh drive, sangat aktif, sihat dan sangat pandai bersosial orangnya.

Ibu mertua suruh pula kami beli dan pindah di rumah yang selang beberapa buah rumah saja dari rumahnya. Tapi dengan syarat dia akan tidur di rumah kami dan bilik tidur utama dia punya.

Hampir nak beli walaupun tanpa kerelaan hati saya tapi alhamdulillah tak jadi sebab owner tak jadi jual. Suami pening.

Maka akhirnya saya berlembut hati juga sebab memikirkan dia orang tua saya beralah dan bersetuju untuk buat loan,

Dan kami berpindah ke rumah lain yang jarak tempat kerja suami ke rumah tu cuma 20 minit dan saya pula struggle lewat ke tempat kerja hampir setiap hari kerana jauh. Terlalu jauh. Tapi bukan itu isunya. Takpelah saya beralah.

Ibu mertua bijak, dia nak privacy maka dilambaknya duit kepada suami saya tanpa pengetahuan saya untuk renovation rumah buat satu rumah khas untuknya di situ.

Jadi memang dapat lah dia sebuah rumah sebesar resort lengkap dapur dan bilik wardrobe di tanah milik saya itu. Kami jual rumah lama dan rumah lama milik ibu mertua disewakan.

Itu satu hal, tapi rupanya tanpa pengetahuan saya mak mertua mengarahkan semua perabot lama kami dibuang/ diberi orang/ atau sumbat la kat mana-mana ceruk pun sebab ibu mertua nak bawa masuk semua perabotnya dalam rumah saya tu.

Maksud saya bukan di rumah ala-ala resort dia tu tapi di rumah kami ni. Maka telan air liur lah saya kempunan nak menghias rumah sendiri yang dibayar dengan gaji sendiri itu.

Menangis bila melihat sofa kesayangan saya yang saya beli dengan titik peluh berharga ribu ringgit terperosok di luar rumah macam tu saja. Rumah tu automatik menjadi rumah ibu mertua, gaya citarasa ibu mertua dan saya tukang bayar loan.

Suami saya adalah anak yang menjadi bahan disuruh buat itu ini. Bukan anak kesayangan.

Tetapi anak yang paling taat. Pernah satu ketika saya s4kit dan seminggu di h0spital swasta, suami memang ada bayarkan bulanan insurans saya.

Ibu mertua langsung tak menjenguk saya tetapi bila saya dah discaj, soalan pertama yang ditanya kepada saya ialah “insurans siapa yang bayarkan?”.

Saya memang dah agak dia cemburu bila tahu anak dia bayarkan insurans isteri.

Maka sejak hari itu, suami minta saya bayar insurans sendiri sebab dia tak mampu sebab dah kena bayar insurans ibunya yang berjumlah RM1000 lebih setiap bulan (sebab lambat ambil insurans jadi ikut usia makin tinggilah bayarannya).

Takpelah saya telan sebab saya bekerja walaupun s4kit hati melihat suami nak makan di kedai mahal pun t4kut sedangkan ibunya hari-hari beli barang kat online shop dan holiday kesana sini sesuka hati.

Saya kerap jatuh s4kit. Kerap masuk h0spital tapi penyakit yang doktor sendiri tak ada jawapan. Sudahnya angkara stress dan dipression.

Ye saya ada depr3ssion. Anak-anak jadi m4ngs4. Saya pernah tumb0k anak dan tarik rambut sebab sangat stress dan tension bila suami berg4duh dengan saya.

Pulaukan saya dan ibu mertua suka menghin4 keluarga saya dan merendah-rendahkan saya. Apatah lagi bila dah duduk sepagar dengan ibu mertua, gelagat kami bagai diawasi. Baru-baru ni saya masuk w4d lagi. Suami tak jenguk saya alasan covid19.

Ok lah sebab saya faham. Tapi saya rasa s4kit hati bila rupanya saya dapat tahu suami berjalan merata dengan ibunya. Berjalan boleh pula. Saya nak masuk operation room pun tak ada datang untuk redakan hati saya yang t4kut nak kena operate.

Tapi saya tak ungkit pun. Saya pendam. Tapi bila saya dah discaj, hari yang sama ibu mertua buat jamuan panggil semua anak-anak cucunya berkumpul di rumah saya.

Yang tukang masak? saya lah walaupun badan masih s4kit kesan operate. Berhari-hari lak tu datang bertandang tidur. Nak rehat memang tak adalah.

Yang jadi kuli? saya dan suami lah. Suami suruh saya rehat tapi ibu mertua menjeling dan automatik suami saya bad mood dengan saya.

Ipar duai dan menantu kesayangan yang kaya duduk saja basuh pinggan sendiri pun tak buat. Kalau buat pun mesti ibu mertua bising sebab diaorang tu kami kena layan macam raja.

Kenapa saya mengadu di sini? sebab saya dah rasa saya memendam hingga sampai satu tahap saya dah mula terdengar bisikan untuk menced3rakan ibu mertua. Kadang-kadang saya dah mula berkasar dengan suami dan anak-anak terutamanya.

Saya rasa saya bukanlah diri saya seperti dulu. Saya dah mula jauh dari Allah sebab selalu rasa kenapa saya yang dipilih untuk ujian ni. Saya mula abaikan solat. Saya nak kembali pada Allah. Saya pernah minta suami untuk tinggal berasingan.

Maksudnya dia tinggal dengan ibunya dan saya dengan anak-anak tinggal di rumah lain. Lagipun ibu mertua selalu cakap dia nak anak-anaknya semua single supaya boleh fokus kepada dia seorang.

Untuk makluman, semua adik beradik suami saya ada sejarah penceraian dari perkahwinan lama mereka.

Tetapi idea saya untuk tidak bercerai tetapi kami berdua tinggal berasingan ditolak mentah oleh suami. Saya tak mahu runtuhkan rumahtangga ni sebab masih melihat sisi baik suami menolak tepi sikapnya yang moody (dengan saya je) saya umpama punching bag suami.

Saya tahu sebenarnya dia stress dengan perangai ibunya sebab dia pernah menangis depan saya beritahu ibunya sendiri mengaku tidak sayangkan dia. Tapi dia usaha untuk jadi anak yang taat sehingga saya sebagai isteri yang banyak terkorban disebabkan ibunya.

Saya tak mahu suami berdosa derhaka pada ibunya dan saya juga tidak mahu mengumpul dosa lagi sebab sekarang saya memang langsung tak boleh tengok muka ibu mertua saya sejak ibu mertua mengeluarkan ayat umpama penghin4an kepada saya dan keluarga saya.

Tetapi ibu mertua bukan lawan saya. Malah dari sudut agama pun dia bukan lawan saya dan dari sikap angkuh dan pentingkan diri sendiri ibu mertua memang saya tahu saya tetap tak boleh menang.

Saya mahu keluar dari emosi yang tak sihat ini. Saya sayangkan anak-anak dan t4kut saya menced3rakan mereka. Tapi saya sayangkan suami juga.

Sekarang ni bila suami start moody dan mula menengking saya, automatik badan saya menggigil, dada rasa sangat cemas dan sukar bernafas.

Saya dah tak boleh nak buat tak tahu saja dan tunggu dia ok baru kami berbaik semula as usual. Doakan kebahagiaan saya dan anak-anak. Tolong doakan saya ditetapkan iman hanya kepada Allah SWT.

– JANNAH (Bukan nama sebenar)

Continue Reading

Trending