Connect with us

#news

Bukan Suami, Pavithr4 Dedah Siapa Yang Bers4lah Sebenarnya

Biarpun pasangan S. Pavithra sudah memutuskan untuk kembali semula membuat video memasak di akaun Youtube, ternyata masih ada segelintir pihak yang masih mencari jawapan tentang apa yang berlaku antara M. Sugu dan isterinya, Pavithra.

Baru-baru ini, netizen Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai suami kepada Youtuber terkenal didakwa menyer4ng isterinya di Hospital dan membawa senjat4 berbah4ya iaitu sabit dalam keadaan m4buk.

Ins1den itu dibawa hingga ke pihak mahkamah tetapi Pavithra memaafkan perbuatan suaminya itu.

Kini, Pavithra berkesempatan untuk menjawab persoalan yang ada dari pihak netizen demi menjaga nama baik suaminya.

Menurut Pavithra, insid3n tersebut berlaku puncanya dari sifat keluarganya yang mula menumpang kesenangan pasangan Youtuber itu.

“Keluarga saya yang tak sokong saya selama ini, selama 7 tahun saya berkahwin dengan Sugu. Tak pernah sokong saya, tak pernah tolong saya. Selepas saya dah ada duit dan berjaya macam sekarang ini, mereka muncul dan mula meminjam duit daripada suami saya.”

Tambah Pavithra, dia mengatakan yang mereka juga menimbulkan masalah lain terhadap keluarganya sampaikan M. Sugu bertindak mencari mereka di hospital.

Namun, tidak dinafikan Pavithra mengaku yang M. Sugu bersalah atas kekacauan yang tercetus di hospital tersebut.

“Memang salah Sugu kerana minum pada hari tu tetapi dia bukanlah pemabuk.” Katanya.

Sementara itu, Pavithra turut meluahkan rasa hairan mengapa berita tentang keluarga mereka kerap ditulis pihak media padahal ia bukanlah isu yang penting dalam negara.

Bukan itu sahaja, beliau juga menyuarakan bahawa media merupakan antara salah satu punca masalah yang berlaku ke atas keluarganya.

“Media juga salah satu sebab kami kehilangan privasi dalam keluarga kami selama 3 bulan ini.”

Pasangan itu mengatakan bahawa pihak media bertindak merumitkan lagi kondisi peribadi mereka kerana menulis berita dengan fakta yang kurang tepat mengenai dia dan M. Sugu selepas insid3n berlaku.

“Selepas media masuk dalam keluarga kami, memang kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan kepada anak-anak dan ianya menjadi sangat sukar buat kami.”

Tetapi bagaimanapun, Pavithra juga akui peristiwa yang berlaku sebelum ini juga salah dia dan M. Sugu selain berjanji untuk memuat naik video seperti sediakala.

“Kami juga meminta maaf kerana memadam semua video dan kami juga akan muat naik video-video yang dipadam itu secepat mungkin.”

Tambahan, Pavithra bertegas bahawa akaun Youtube ‘Sugu Pavithra‘ adalah hasil mereka berdua.

Tanpa Sugu, Pavithra kata tidak mungkin beliau boleh hasilkan video memasak berseorangan.

“Sugu yang rakam video untuk saya. Sugu juga yang menyediakan bahan-bahan untuk masak dan juga menjaga anak-anak, dia juga menyokong saya.”

Pavithra mengatakan bahawa video pertama mereka yang menjadi bualan hangat sehingga tular di seluruh platform media sosial adalah video masakan bertajuk ‘Kari Ayam Tak Payah Tumis‘ dan ‘Kari Ayam Pencen‘ dan meraih sejumlah dua juta kali tontonan.

Sumber: beautifulnara

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya