Connect with us

#news

Cadang Basikal Perlu Ada Lesen dan Plat – MIROS

Semenjak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal menjadi semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, netizen menjadikan aktiviti ini untuk mengisi masa lapang.

Namun, ada segelintir pihak yang berbasikal di kawasan yang tidak sepatutnya seperti jalan besar, lebuhraya dan lain-lain. Berbasikal di kawasan sedemikian adalah dilarang menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tetapi, inisiatif lebih selamat telah diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan menggunakan nombor plat dan lesen bagi penunggang basikal.

Cadangan itu diketengahkan ekoran isu-isu yang tular melibatkan penunggang basikal yang menjalankan aktiviti di lebuhraya. Situasi itu turut menimbulkan reaksi netizen yang berbagai dengan rata-rata mengatakan tindakan itu membahayakan orang sekeliling termasuk diri sendiri.

Hal ini dinyatakan oleh Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kasim. Beliau masih mengusahakan dalam menjaga keselamatan dan keselesaan penunggang basikal daripada terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya.

“MIROS sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ia menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Rata-rata segelintir netizen bertindak melakukan kayuhan jarak jauh sehingga mencecah puluhan kilometer berbanding kayuhan jarak dekat (konvensional) sekitar kawasan perumahan, taman dan pusat rekreasi.

Dulu ada lesen tv dan radio,klu diorng dtg check kt kwasan kg,bawak lari tv sembunyi dlm kebun..huhu. -sham suggeh

Lesen basikal diMuar bermula dari tahun 1954. Dulu hanya RM2.00 je. -abdul majid jabbar

Hihi..masa tu jgn panik kalau tkda lesen..sebab Polis tak kejor pakai radio car atau motorsikal..paling2 dia berlari kejor atau kejor pakai basikal juga sambil tiup wisel prittttt!!😅 -roslan hj pandi

Kakak saya balik kerja turun dr jambatan muar terus kena tahan polis dan kena saman sbb basikal tiada lesen .. bayar saman rm5…..klu skrg masih dikekalkn mungkin perlu ada insuran sekali agaknya…😁😁 -eep iza

sumber: utusan malaysia

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya