Connect with us

#news

Cadangan Keluarkan RM10k Dari Akaun 1 KWSP Dapat Perhatian Dan Sokongan Orang Ramai

Kerajaan hari ini seharusnya pertimbangkan cadangan ramai pihak supaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeIuaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najlb Tun Razak berkata, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas teruk dan dapat digunakan ketika keadaan terdesak.

Najib turut mencadangkan agar perm0honan tersebut dapat dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga perlu tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi puIih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbnding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

“Sebab itu, jangan membuat pengeIuaran KWSP jika tiada kegunaan mendessak,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum ini, semua sedia maklum kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut menambah, syarat aku janji yang dicadangkan itu bukan bertujuan mendessak pencarum membuat bayaran balik.

“Niat saya adalah untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP adalah lebih tinggi.

“Jika tak dapat bayar balik dalam masa dua tahun, tiada penaIti dan KWSP tak boleh buat apa-apa

“Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” ujarnya.

Berikut antara reaksi daripada orang ramai yang brsetuju dengan cadangan tersebut

Sumber: K! ONLINE

Continue Reading

Trending