Video | Ronnie Liu Buat Kecoh Isu Tanah Kebun Haram, Ini Tindakan Polis Sehingga Buat Ramai Kagum

Sejak kelmarin, nama seorang anggota polis Inspektor Mohd Azri, telah menjadi sebutan netizen apabila rakaman videonya mengawal provokasi yang dilakukan oleh beberapa pemimpin politik tersebar di sosial media.

Dua rakaman video itu menunjukkan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dan beberapa lagi ‘Yang Berhormat’ (YB) telah membuat kecoh di pekarangan kompleks Mahkamah Raub, Isnin lalu.

Kita perlukan lebih ramai pegawai polis yang berani & tegas sebegini. Beliau hanya melaksanakan tugas. Tanpa memilih…

Posted by Hussamuddin Yaacub on Monday, July 5, 2021

Difahamkan, kekecohan terjadi semasa prosiding reman ke atas 18 pekebun durian Musang King yang dituduh menceroboh kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Namun, Mohd Azri kelihatan tenang dan tidak melayan provokasi tersebut sebaliknya bertindak tegas dengan memberikan arahan kepada mereka untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, warganet kagum dengan keberanian dan kesabaran anggota polis itu yang disifatkan sangat bertanggungjawab tanpa mengira darjat seseorang.

Malah, segelintir warganet berharap supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menaikkan pangkat anggota polis tersebut yang nampak sangat berintegriti dalam menjalankan tugas.

Harap pertimbang kenaikan pangkat

Terbaik Tuan MOHD AZRI, Cina yb DAP biadap dah bertemu Tailong. Cina yb tanya you besaq ka saya besaq. Hilang akai ka…

Posted by Suara Rakyat on Monday, July 5, 2021

Terbaik! Moga dinaikkan pangkat…

Moga dinaikan pangkat..terbaik Inspektor

Posted by Firdaus Arashaf on Tuesday, July 6, 2021

Kita perlukan lebih ramai macam ni

Tabik Tuan AzriKita perlukan Pegawai polis yang Berani & Tegas sebegini. Melaksanakan tugas Tanpa memilih darjat.

Posted by Abe Mat on Tuesday, July 6, 2021

Tahniah! Bekas bos saya ni

Tahniah My Exboss Tuan Tanah Kedaung .. Kagum 👏👏

Posted by Heliza Mokhtar on Monday, July 5, 2021

Naikkan pangkat anggota ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Selain itu, penyanyi rapper terkenal, Caprice juga memuat naik sedutan video berkenaan yang respek dengan tindakan Mohd Azri melalui kapsyen “Ni lah abang polis kita nak 👏 @pdrmsia_official give this man a promotion,”.

Menurut laporan media, polis telah membuka 2 kertas siasatan ke atas Ronnie Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek kerana menghalang tugas penjawat awam dan merentas negeri ke Raub.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, siasatan mengikut S3ksyen 186 Kanun Kes3ksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPPPPB 2021.

“Dia dibenarkan rentas negeri kerana merupakan ahli politik, apa pun kita buka juga siasatan di bawah Peraturan 17 PPPPPB kerana walaupun dia boleh rentas negeri tetapi bergantung prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jadi kita buka juga siasatan dan (siasatan) sedang giat dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Sumber: Facebook , Instagram Caprice

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.